Majnun Layla
Question Time @ Wacana Ilmiah
Antara rancangan BBC kegemaran saya ialah 'Question Time'. Rancangan yang dikendalikan oleh pengacara David Dimbleby itu ke udara setiap hari Khamis 10.35 malam. Ia merupakan rancangan soal jawab para penonton dengan ahli politik-ahli politik yang dijemput bersama dengan beberapa individu lain. Wakil dari parti-parti politik utama kebanyakannya merupakan ahli parlimen dan juga pimpinan parti, malah adakalanya para menteri kabinet.
Rancangan tersebut memberi ruang kepada para penonton untuk berinteraksi dengan para panelis forum, dan mereka (penonton) juga berpeluang memberikan pendapat mereka. Lebih menarik, tiada tapisan dan para penanya tidak berasa takut untuk mengeluarkan pendapat, membantah dan mengkritik pendapat para panelis, malah polisi-polisi kerajaan. Pendekata, tiadalah mak cik-makcik atau pak cik-pak cik yang membaca skrip yang telah diberikan seperti program forum perdana atau forum ehwal agama RTM yang amat berprestij di muka bumi Malaysia.
Rancangan berkenaan adalah selari dengan ruh 'citizen empowerment' yang menjadi tunjang sebuah kerajaan demokratik dalam tamadun abad ke-21. Ia juga menjadi salah satu daripada saluran kebebasan politik, kebebasan media dan juga kebebasan berpendapat yang menjadi nilai kepada harga diri seorang warga di buminya. Para panelis, hatta dari wakil kerajaan berkuasa pun tidak mendapat layanan istimewa, mahupun kekebalan di dalam ruang tersebut. Jika dinilai dari kacamata Islam, ternyata ianya amat Islamik dan bertepatan dengan ruh Syariat dan juga Sunnah Nabi SAW dan Para Khulafa al-Rashidun.
Malangnya program seumpama ini tidak akan terjadi di bumi 'Dawlah Islamiyyah' yang hanya mementingkan hukum potong tangan pekerja buruh Pakistan dan Filipina dengan pengecualian terhadap keluarga monarki yang menyedut duit rakyat berbilion-bilion Riyal. Program seumpama ini juga merupakan tabu di negara 'Islam' yang hanya mementingkan golongan berjubah serban sebagai simbol kedaulatan negara tetapi penuh dengan rasuah dan monopoli ekonomi di sebalik kehitaman jubah para 'Khubara'. Ia juga merupakan satu utopia bagi negara yang kononnya 'Islam', tetapi para pemimpinnya bergeluman dengan rasuah, sedari ketua cawangan sehinggalah orang nombor satu.
Begitulah apabila wacana agama dicelarukan dengan wacana politik, akhirnya segala yang berbentuk simbol dan imej menjadi tumpuan. Manakala intipati dan juga ruh sebenar pengamalan nilai-nilai etos agama diabaikan.
Hal ini mengimbau kepada 'wacana ilmiah' yang disepakati oleh Ketua Pemuda PAS yang baru dengan orang nombor dua Pemuda UMNO dewasa ini. Biar apapun niat di pihak masing-masing, namun kesediaan kedua-dua pihak untuk ber'wacana' menggambarkan ada keuntungan politik yang ingin dicapai oleh masing-masing yang terlibat. Itulah politik.
Saya bukan hendak mempertikaikan istilah 'wacana' (discourse) yang sering disalah ertikan di Malaysia sebagai program diskusi ataupun 'perbincangan'. Mungkin saya agak skeptik dengan istilah 'Intellectual Discourse' yang begitu glamer di Malaysia, saya merasakan istilah yang sama juga diertikan sebagai wacana ilmiah. Tak mengapalah, itu biarkan di waktu lain kita incangkan.
Yang saya musykilkan ialah keberhian pihak pemuda PAS ingin ber'wacana ilmiah' dengan UMNO sebagai mempertahankan pendapat Mushidul Am mereka mengenai ke'komunis'an dan ke 'Ayah Pin' an UMNO. Maka pihak yang menjemput mengajak berbincang atau berwacana mengenai 'UMNO' dan perjuangan Islam. Ini sudah bagus, yang menjemput, hendak membincangkan tentnag orang yang dijemput. Lebih menarik lagi, gelanggang 'wacana' itu hanya milik dua parti politik yang masing-masing mengaku paling Islam dan paling Melayu...hebat betul 'wacana' di Malaysia ini.
Apa yang pasti, kedua-dua pihak yang terlibat mengintai-intai keuntungan politik dari 'wacana' tersebut...
Mengapa tidak di'wacana' kan dengan kehadiran pihak-pihak lain sekali?
Mengapa tidak di'wacana'kan tajuk yang neutral, iaitu apakah PAs dan UMNO sama-sama memperjuangkan Islam, atau kedua-duanya menyalahgunakan wacana agama untuk kepentingan politik?
Apakah pihak ketiga tidak mempunyai peranan?
Apakah rakyat yang tidak berpihak tidak mempunyai nilai untuk pandangan mereka diambil?
Sudah tiba masanya suasana politik di Malaysia dicorakkan dengan warna idea dan wacana, dan bukan hanya dengan identiti dan kepentingan politik kepartian sahaja. Persoalannya apakah rakyat bersedia untuk menerima suasana politik baru?, atau mereka lebih selesa dengan politik identiti, politik kepartian dan juga politik tunggang menunggang?
Maszlee

Bacul! penakut, takut timbul persepsi negatif, takut hilang sokongan,tapi kalau dah kalah sekali, kita akan lebih bertenaga & bersedia utk tidak kalah lagi, ana pernah cdg supaya buat dialog terbuka dlm tv bincang isu2 nasional melibatkan islam,cdgn itu berikutan forum memeluk islam yg diharam oleh Syed hamid dulu...org bukan islam akan kata: org islam ni anak manja,asyik pakai kuasa politik shj..kita harap TV JAKIM akan lbh terbuka sokong idea anta nanti
ReplyDelete...salam...
ReplyDeleteAmat tertarik dengan kenyataan ustaz
...."gelanggang 'wacana' itu hanya milik dua parti politik yang masing-masing mengaku paling Islam dan paling Melayu...hebat betul 'wacana' di Malaysia ini." .....
"Apa yang pasti, kedua-dua pihak yang terlibat mengintai-intai keuntungan politik dari 'wacana' tersebut..."
( Semestinya segalanya mempunyai maslahah kepartian) !!!!....
komen saya….. .....
Syariah dan agama tidak terkumpul & tersimpul pada seseorang peribadi. Ia semestinya merangkumi dan terkumpul pada ummah Islamiyyah secara keseluruhannya. Kefahaman serta ijtihad-ijtihad seseorang bukanlah wahyu, madrasah-madrasah fiqhiyyah atau harakiyyah tidaklah menggambarkan Islam secara keseluruhannya. Sepertimana kita juga harus mengetahui tentang kesyumulan agama Islam bukanlah bermakna kesyumulan seseorang peribadi muslim.
Hakikatnya , sering kita terdengar ada beberapa kelompok , jamaah atau parti-parti politik yang membawa logo serta motto Islam mengklaim jamaah atau parti mereka menggambarkan Islam secara keseluruhannya, jamaah yang selain daripada jamaah-nya merupakan jamaah yang melawan Islam. Naudzubillahi min dzaalik !!!!!
جماعة من المسلمين لا جماعة المسلمين
( Jamaah daripada Muslimin, bukan Jamaah Muslimin )
Dr Fathy Yakan Rahimahullah dalam kitabnya Nahwa Shohwah Islamiyyah Fi Mustawa Al-Asr نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر
amat tegas sekali dalam mengislah permasalahan dakwah dan harakah yang membawa kepada kesalahan, kelembapan serta pertembungan didalam medan dakwah iaitu setiap kelompok kumpulan yang mengajak kepada Islam mengklaim jamaah mereka menggambarkan Islam , dan mewakili secara keseluruhannya Jamaah Muslimin, bukan jamaah daripada Muslimin. Perkara sebegini menurut beliau akan menimbulkan kepada ghulu , tatharruf, & Istikbaar, serta setiap kumpulan jamaah akan cuba untuk menjatuhkan jamaah-jamaah yang lain.
Wassalam .....( Harap tunjuk ajar dari Ustaz)