Tuesday 12 May 2009

Hikmah Hati



Hikmah Hati

Novel Hikmah Hati merupakan satu medium bagi saya untuk berbicara dengan para pembaca. Ia merupakan novel pertama karya saya sendiri (tidak pernah termimpi untuk menulis novel).

Kisah Ghulam di dalam novel ini bukanlah pengolahan semula hadis mengenai Ghulam dan Tukang Sihir di dalam kisah Ashabul Ukhdud yang telah diceritakan oleh Surah al-Buruj. Segala watak, jalan cerita dan juga keseluruhan taipologi di dalam novel ini hanyalah merupakan perantaraan yang digunakan oleh penulis untuk berbicara dengan jiwa para pembaca sekelian. Pelbagai simbol dan ungkapan yang telah dijadikan ‘kulit’ bagi menyampaikan ‘isi’ atau ‘mesej’ kepada para pembaca yang melalui novel ini dengan Basirah mereka.

Harapan saya, agar novel ini akan memandu para pembaca semua untuk mengenali diri mereka sendiri, memberikan erti baru di dalam kehidupan mereka dan juga pengalaman spiritual di dalam menghadapi hari-hari muka. Hikmah bukanlah sesuatu yang dapat diungkapkan dengan perkataan-perkataan, tetapi ianya sesuatu yang dialami dan diterjemahkan di dalam tindakan...


Di harapkan pada sesiapa yang pernah membaca novel berkenaan dapat berkongsi pandangan, kritikan dan juga apa-apa cadangan mnegenai novel tersebut.

3 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz,sememangnya saya telah khatam novel ustaz tu.Cuma untuk mengulas,izinkan saya baca kembali untuk menajamkan isi.

    p/s:sepintas dalam ingatan,novel itu memang meyentuh jiwa saya ^_^

    ReplyDelete
  2. salam..
    ana dh abis baca dh..
    mmg mantap,tak tau nk komen macamna..kalau ana tak tgk nama penulis,konfem ana pikir ianya ditulis oleh sasterwan berpengaruh..hehe

    lama kita tak jumpa yer

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustaz, di sini http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/05/novel-hikmah-hati-antara-mata-dan-mata.html saya telah coretkan ulasan saya mengenai novel ustaz.Jika berkesempatan ustaz tolong komen sekali ya...^_^

    ReplyDelete