Gerakan Islam dan politik di alaf baru
Almarhum Dr Abdul wahab el-Messiri, pengarang ensiklopedia Yahudi, agama Yahudi dan Zionisme pernah melontarkan ide beliau pada tahun 2003 mengenai wacana baru para Islamis di alaf baru (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1158658460076&pagename=Zone-English-Living_Shariah%2FLSELayout).
Di dalam artikel beliau yang amat panjang dan disiarkan oleh pelbagai majalah, laman web dan akhbar, beliau telah memberikan isyarat perihal metamorfasi wacana para Islamis sebagai sintesis kepada thesis kolonialisme-sekularisme dan antithesis gerakan kebangkitan Islam.
Sebagai intelek berpendidikan barat (lulusan sastera Inggeris), berlatar belakangkan sosialis, kemudian menemukan hidayah untuk menggabngkan diri ke dalam ruang gerakan Islam, el-Messiri mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan tipikal pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang lain. Beliau melihat bahawa wacana baru gerakan Islam bukan lagi bertindak sebagai respons kepada projek modernisme yang dibawa oleh penjajah, tetapi menjangkaui paradigma tersebut unutk membina realiti baru. Wacana baru ini tidak lagi menolak projek modernisme barat yang serba sekular dan beragendakan imperialisme dalam bentuk baru secara sembrono dan dari kaca mata orang luar. Baginya, wacana baru mengkritik, melakukan dekonstruk terhadap projek modernisme dari dalam dan berupaya menonjolkan kelemahan eurosntrisme dari dalamnya.
Beliau melihat bahawa ruang wacana baru para Islamis akan membuka ruang yang lebih luas kepada para Islamis di dalam aktivisme mereka. Mereka bukan lagi melaungkan penolakan dari luar dan dari kejauhan, tetapi berusaha merawat dan merubah dari dalam kerangka realiti yang wujud. Maka ruang yang mereka ceburi adalah lebih universal dan memberikan solusi kepada dunia dan bukan hanya kepada kaum Muslimin, atau lebih kecil lagi, para Islamis semata-mata. Agak menarik, apabila diamati beberapa ide di dalam artikel ini kemudiannya seolah-olah diterima oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya di Istanbul Turki pada April 2006 dan kemudiannya diterbitkan oleh 'Journal of Democracy' bertajuk 'Universal values and Muslim Democracy'.
Wacana baru inilah yang cuba diketengahkan oleh para pemimpin dan aktivis gerakan Islam pro-demokrasi pertengahan umur di seluruh dunia. Golongan pertengahan umur dari gerakan Islam pro-demokrasi (dengan mengetepikan gerakan-gerakan yang menolak proses demokrasi) melihat bahawa usaha golongan perintis telah membuahkan hasil untuk zaman mereka, namun zeitgeist di zaman terkemudian memerlukan formulasi yang berbeza. Kebanyakan golongan ini mempunyai latar belakang pendidikan barat dan mempunyai ilmu Islam yang setanding dengan golongan agama melalui proses kaderisasi yang telah mereka lalui di bawah projek gerakan Islam versi para perintis. Keunikan golongan ini kemudiannya dapat dimanfaatkan apabila gerakan-gerakan Islam pro-demokrasi di seluruh dunia mula menceburi bidang kuasa samada melalui pemerintahan mahupun perkongsian kuasa. Realiti yang baru itu telah membuka mata golongan tersebut bahawa tuntutan untuk projek islah dan dakwah kepada masyarakat di dalam ruang yang lebih luas memerlukan perubahan dari segi pendekatan dan juga wacana gerakan Islam. Kesemuanya adalah untuk merealisasikan slogan Islam sebagai penyelesaian secara praktikal dan bukan hanya sebagai slogan-slogan retorik semata-mata.
Asef Bayat, seorang pengkaji gerakan Islam di dunia barat telah cuba memahami wacana gerakan Islam yang baru ini melalui kerangka 'konstrukstualisme sosial' (social constructivism). Beliau melihat bahawa ruang dinamisme gerakan Islam memang jelas terutamanya apabila gerakan Islam pro-demokrasi kebanyakannya bergerak di dalam paradigma gerakan sosial dan memberikan respon kepada suasana perubahan sosial. Hal ini juga yang diperakui oleh kebanyakan pengkaji-pengkaji gerakan Islam dari barat yang bersifat neutral dan tidak bias samada anti mahupun pro kepada gerakan-gerakan tersebut. Golongan yang membawa wacana baru ini disifatkan sebagai golongan moderat yang progresif.
Walau bagaimanapun proses metamorfasi kepada wacana baru bukanlah mudah. Bagi sesetengah golongan perintis yang masih lagi memperjuangkan idealisme awal gerakan Islam, perubahan-perubahan tersebut dilihat dengan wajah sinis. Golongan-golongan perintis yang mempunyai usaha terus di dalam kaderisasi dan mempunyai karismatik di dalam retorik lebih menarik minat kader-kader yang baru. Kebiasaannya golongan berpendidikan agama akan lebih berminat untuk berada di dalam zon selesa idealisme golongan perintis akan meneruskan usaha yang dianggap sebagai tulen dan asli yang telah diabaikan oleh golongan moderat. Golongan agamawan dan bukan agamawan muda ini akan bersikap lebih idealis dan anti-establishment kepada wacana yang baru. Mungkin kerangka neo-konservatisme lebih sesuai untuk golongan muda ini.
Thesis wacana baru dan juga anti-thesis golongan muda neo-konservatif ini telah mewarnai beberapa gerakan Islam pro-demokrasi di seluruh dunia. Ianya adalah sebahagian daripada konflik yang menjadi sebahagian daripada proses kematangan gerakan Islam yang terlibat dengan politik. Sepertimana di dalam parti-parti politik berteraskan ideologi juga mengalami konflik yang sama di antara golongan 'Old Guards' dan 'Young Turks', gerakan-gerakan Islam pro-demokrasi juga terpaksa melaluinya. Hanya mungkin bagi gerakan-gerakan Islam, pertembungan yang berlaku adalah lebih melibatkan sentimen keabsahan perjuangan yang berpaksikan agama berbanding manfaat keduniaan.
Pentafsiran kepada ketepatan perjuangan seringkali menjadi tema utama pertembungan ini. Bagi golongan wacana baru yang moderat dan progresif, objektif Syariah (maqasid) dan juga pemahaman kritis terhadap teks-teks suci lebih diutamakan di dalam mengaplikasikan ideal teks-teks tersebut ke ruang realiti yang duniawi. Mereka lebih terbuka untuk berijtihad dan lebih fleksibel di dalam pengaplikasian teks kudus ke atas dimensi yang dinamik. Manakala bagi golongan neo-konservatif pula, mereka lebih ingin memonopoli pentafsiran teks-teks kudus dengan pentafsiran yang sedia ada dan lebih selesa bersikap taklid dengan memaksakan realiti subjektif mereka yang agak statik ke atas realiti yang lebih dinamik.
Pertembungan ini telah berlaku di kebanyakan negara-negara Asia Barat, maka apakah ianya juga berlaku di Malaysia? Mungkin apa yang berlaku mutakhir ini kepada PAS boleh dinilai melalui kerangka yang cuba dibawa di dalam artikel ini. Seperkara yang menarik untuk dianalisis ialah sejauhmana konflik tesis wacana baru dan anti tesisnya ini akan membuahkan sintesis yang lebih menguntungkan projek para Islamis di masa hadapan. Jika di Malaysia, apakah nilai Asia, nilai Melayu dan kemajmukan rakyat Malaysia juga bakal memberikan kesan kepada pembentukan sintesis tersebut?
Hanya mereka yang terlibat di medan sahaja yang boleh memberikan jawapannya.
Maszlee
Durham, UK.

Golongan agamawan dan bukan agamawan muda ini akan bersikap lebih idealis dan anti-establishment kepada wacana yang baru. Mungkin kerangka neo-konservatisme lebih sesuai untuk golongan muda ini.
ReplyDeleteApa maksud ustaz dengan penggunaan istilah ''neo-konservatisme '' untuk golongan muda ini?
salam
ReplyDeletekadang2 tindakan2 yang diambil oleh golongan islamist moderat pro demokrasi ini sukar untuk difahami akan hikmahnya. mereka berjuang berselindung di sebalik label 'universal human rights' dan 'democracy'. abaikan dulu argumentasi yg mengatakan label2 tersebut sebahagian dari islam. ini berbeza dengan golongan tradisional islamis yang memandang islam secara syumul lebih layak diperjuangkan, bukan label2 atau nilai2 baik yg terpisah dan dibina secara independen antara satu sama lain.
mereka juga mengadakan hubungan yg mesra dan intim dengan tokoh2 liberal barat dari negara syaitan besar dan malah ada yg dilihat seperti meyokong peperangan menentang 'pengganas' seperti iraq atau hamas atau mana2 islamist yang kelihatan lebih tradisional. bila berhadapan dengan akar umbi gerakan islamis nadanya lain tetapi bila berhadapan dengan dunia barat nadanya lain pula. seperti kelawar, badan seperti tikus longkang tapi hendak terbang tinggi seperti burung. hanya Allah shj yg tahu niat mereka. kita manusia hanya boleh melihat zahir shj. cuma timbul risau adakah ini petanda awal kejatuhan gerakan islamisme di seluruh dunia, dengan munculnya musuh dalam selimut dan bermuka dua? wallahualam
Artikel yang sangat menarik.
ReplyDeleteMetamorfasi atau evolusi dalam gerakan Islam memang sangat diperlukan bagi diadaptasikan dalam kerangka kehidupan zaman ini. Kebanyakan golongan Islamis muda juga dilihat mempunyai pandangan yang terlalu idealistik dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Kekadang mencapai tahap tidak praktikal. Mungkin bersifat optimis lebih sesuai daripada idealis.
Saya juga setuju dengan pendapat bahawa gerakan-gerakan Islam di Malaysia sedang menuju ke arah metamorfasi seperti yang disebutkan dalam artikel ini. Cumanya masalah yang timbul mungkin disebabkan oleh faktor manusia itu sendiri, yang sudah terlalu biasa dengan cara atau wadah yang mungkin tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.
Tahniah sekali lagi kepada ustaz dengan artikel ini. Tetapi, tentunya jika terlibat sama mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari, pandangan yang lebih matang dapat disintesiskan.
Wallahua'lam
Hafidz
When injustice becomes law, resistance becomes duty”….”Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes.”— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
ReplyDeletelet us rejoice while not forgetting there are still 14 ISA detainees let in kamunting as we speak. we are proposing a more drastic actions, capitalizing najib fears of more PRK, fear of losing the faith of the rakyat, to maintain people’s perception that he is still in power. join us in our quest to push the Pakatan Leaders to be willing to threaten the government into releasing more ISA detainees.
Good day to all,
We would like to invite you to our blog "Misi Membebaskan Tahanan ISA" to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:
"Blog Bebaskan Mereka"We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well."Online Petition"Justice for all.
salam perjuangan kpd ust dan sahabat-sahabat,
mohon kehadiran saudara ke blog kami "Misi Membebaskan Tahanan ISA" dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.
sila lawat: "Blog Bebaskan Mereka"seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:
"Online Petition"JZK