Saturday 8 November 2008

Obama punya cerita


Obama Punya Cerita

Pemilik blog ini bukannya penganalisis politik AS, maka dia tidak berminat hendak mengulas tentang kemenangan Obama. Cuma ada beberapa perkara yang boleh difikirkan ...

1) Di kalangan calon2 Presiden AS (pre-penentuan calon Republik dan Demokrat), beliau seperti yang lain2 amat komited dgn isu Israel. Namun, menurut Mearshmeimer dan Walt (2007) di dalam 'Israel Lobby and US Foreign Policy', kenyataan beliau merupakan yang paling sederhana.

(Tapi tetap komited di dalam menjaga isu keselamatan Israel).

2) Joe Biden yang merupakan pengerusi U.S. Senate Committee on Foreign Relations, telah dipilih untuk menjadi naibnya. Biden di dalam wawancara Shalom TV (TV kabel Zionis) pada tahun 2007 telah mengatakan "“I am a Zionist. You don’t have to be a Jew to be a Zionist.” lihat: http://uk.youtube.com/watch?v=yAZmO80dLfE

3) Obama juga bukanlah ancaman kepada Israel menurut analisis di akhbar Haarezt, Israel. (lihat: http://www.haaretz.com/hasen/spages/1033949.html)

4) Beliau juga telah mendapat lampu hijau dari mantan pengerusi World Jewish Congress yang pro-Zionis, Edgar Bronfman. (lihat: http://www.haaretz.com/hasen/spages/1033267.html)

5) Beliau juga mempelawa Rahm Emanuel untuk menjadi ketua kakitangan Rumah Putih. Rahm yang dikenali ramai sebagai pro-perang Iraq di dalam parti Demokrat. Pada tahun 2006, beliau telah melakukan kempen di dalam pemilihan Democrat untuk menjatuhkan golongan anti-perang di dalam parti tersebut. (lihat: http://www.jwharrison.com/blog/2008/11/06/who-is-rahm-israel-emanuel/).

Eamnuel juga anggota aktif di dalam AIPAC dan telah berjaya menjayakan lobi pertubuhan tersebut untuk menjatuhkan Paul Findley, ahli kongress Republican yang lantang mengkritik dasar AS terhadap Israel. Beliau juga telah mengiringi Obama untuk memberikan ucapan di AIPAC Policy Conference, dan telah menyatakan sokongan terbuka kepada Obama selepas ucapan tersebut. (lihat: http://www.observer.com/2008/emanuel-endorses-obama-after-aipac-speech)

6) Obama juga menyenaraikan Colin Powell untuk kembali sebagai setiausaha luar AS. Bukankah Powell yang telah menipu di UN untuk menjustifikasikan peperangan ke atas Iraq?

7) Menurut laporan National Election Pool USA, Sebanyak 43 % pengundi kulit putih telah memilih Obama, manakala 55% memilih untuk mengundi McCain. Di kalangan Kulit Hitam pula, 95% memilih untuk mengundi Obama, manakala 4% sahaja yang memilih McCain. (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/americas/us_elections_2008/7709852.stm)

Persoalannya, siapakah yang lebih bersikap perkauman? kulit putih atau kulit hitam?

Oh ya, Hispanic sebanyak 66% memilih Obama dan 31% sahaja yang memilih McCain.

8) Menurut statistik Financial Times (6/11/2008), 77% dari kalangan Yahudi di AS memilih Obama.

9) Ironiknya, golongan Kristian Evangelis yang pro-Zionis pula hanya memberikan lebih kurang 25% undi kepada Obama, dan memberikan lebih 70% kepada McCain. Apakah signifikannya undi tersebut? (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/americas/us_elections_2008/7709852.stm)

Hal-hal seumpama ini membuatkan pemilik blog ini masih lagi ternanti-natikan ulasan dan analisa dari Foreign Policy, Newstatesman, Economist dan juga Dr Stephen Sizer...


Maszlee Malik
(Teringatkan surah al-Rum)

3 comments:

  1. bunyinya seperti obama menyokong zionis.benarkah?

    ReplyDelete
  2. Sama saja. Sesiapa pun yang jadi president kena menjaga hati zionist. Ingat dulu kita mahu Bush jadi presiden istead of Gore sebab gore yahudi. Tapi Bush pun sama jugak, rugi jugak umat islam. Paling kurang Obama nak undur dari Iraq dan tidak luaskan serangan ke atas negara Islam. kalau republikan, mereka nak serang lagi Iran, Syria

    ReplyDelete
  3. Oh ya, Hispanic sebanyak 66% memilih McCain dan 31% sahaja yang memilih McCain.

    asif ustaz, jadi yang mana satu undi untuk obama sebenarnya?

    ReplyDelete