Tuesday 11 November 2008

PETA


PETA

Ingrid Newkirk dan PETA (People For the Ethical Treatment of Animals) adalah di antara nama yang akan dikenang sejarah. Bukan kerana mereka mencetuskan revolusi, ataupun mengubah lanskap politik dunia seperti para pemimpin politik, tetapi kerana perubahan pada isu moral dan sosio-ekonomi.

Newkirk mula mendapat perhatian media antarabangsa selepas kempen ‘I’d Rather Go Naked than Wear Fur’ yang telah berjaya mendapatkan lebih dua juta keahlian di seluruh dunia. Para selebriti seperti Paul McCatney, Sarah Jessica Parker dan Pamela Anderson adalah di antara mereka yang telah menyertai laungan Newkirk, “Animals are not ours to kill, eat or experiment with”.

Newkirk mendakwa PETA mempunyai pendapatan 40 juta USD setahun untuk membiayai projek-projek dan kempen-kempen mereka. Hal ini menjadikan PETA pertubuhan ‘animal rights’ yang ketiga terbesar di dunia selepas RSPCA dan Humane Society di AS. Pelbagai syarikat pengeluar pakaian, makanan dan perubatan multi nasional di peringkat antarabangsa telah menjadi sasaran kempen PETA. Kempen mereka yang terbaru mensasarkan syarikat aiskrim terkemuka Ben & Jerry agar menhentikan pembelian susu lembu dari pengeluar tenusu yang didakwa sebagai menzalimi binatang berkenaan. Sebagai alternatif, Newkirk mencadangkan agar syarikat ais krim tersebut menggunakan ‘susu manusia’.

Kempen PETA mempunyai beberapa kesan di peringkat antarabangsa. Burger King telah mula memperkenalkan burger ‘vegetarian’, McDonalds mula memperkenalkan sistem audit di pusat-pusat penyembelihan mereka, Calvin Klein telah menghentikan pengeluaran barangan beriaskan bulu (fur) binatang (seperti kolar kot musim sejuk), Mercedez-Benz pula menghasilakan kulit tiruan untuk kerusi kereta-kereta yang mereka hasilkan, GAP menghentikan import kulit dari India dan lain-lain lagi. Syarikat-syarikat pengeluar pakaian bulu (fur) mengganggap Newkirk dan PETA sebagai penyebab perniagaan mereka merudum.

Kegigihan kempen Newkirk dan PETA di dalam isu hak haiwan bukanlah sesuatu yang baru. Banyak lagi pertubuhan hak haiwan yang lebih radikal dan kadangkala bersikap lebih agresif di dalam menyajakan idealisme mereka. Di dalam buku teks terkini PBB berkaitan isu ‘Global Terrorism’ karangan Paul Medhurst (2002), mereka menyenaraikan pertubuhan hak haiwan Animal Liberation Front sebagai kumpulan pengganas yang utama di AS dan UK. Mereka telah menyebabkan kerugian lebih 42 juta USD dari tahun 1996-2002 hasil dari 600 serangan bersenjata dan letupan mereka di AS dan 1200 yang lain di UK yang telah menyebabkan kerugian lebih 4 juta USD . Jika pertubuhan-pertubuhan pengganas lain hanya muncul lewat konflik dan berpusat di kawasan-kawasan yang bergolak, pertubuhan hak haiwan tidak sedemikian. Para pengganas mereka berada di mana-mana dan bersedia bertindak dengan apa cara sekalipun demi memperjuangkan ‘hak haiwan’ yang sering dicabuli dan diabaikan oleh manusia.

Kempen dan aktivisme kumpulan-kumpulan hak haiwan ini mengingatkan penulis kepada perbincangan mengenai lobi Israel di kongres AS. Bukanlah sesuatu yang rahsia kejayaan kumpulan lobi Israel terhadap dasar-dasar luar AS. Hal ini telah dibincangkan secara intensif oleh John J. Mearsheimer dan Stephen M. Walt di dalam karya bersama mereka, ‘The Israel Lobby and US Foreign Policy’ pada tahun 2007. Hasil dari kajian tersebut, kedua-dua professor tersebut terpaksa membayar harga yang sangat mahal. Bukan sahaja mereka menjadi sasaran lobi Zionis di media-media,malah kedudukan akademik mereka juga telah digugat.

Lobi Zionis atau lobi Israel menggunakan segala ruang dan wacana yang ada demi memastikan dasar luar AS akan sentiasa memihak kepada mereka. Politik, perundangan, media, akademik dan segalanya dipengaruhi agar sentiasa berpihak kepada mereka. Hatta di peringkat kampus pun mereka meletakkan pengawasannya. ‘Campus Watch’ yang dikendalikan oleh Matin Kramer dan kuncu-kuncunya merupakan golongan yang bertanggunjawab memantau agar ruang akademik berkaitan dengan isu timur tengah akan sentiasa berpihak kepada idealisme mereka.

Di sudut lain pula, lobi Kristian Zionis dan Kristian kanan (Christian Rights) juga mempunyai peranan yang aktif. Bersama-sama dengan kumpulan Yahudi Zionis, mereka digolongkan bersama sebagai lobi Israel di dalam urusan berhubung dasar luar AS berkaitan timur tengah dan dunia Islam. Seperti yang telah dihuraikan oleh ramai penulis, termasuklah Rabbi Dan Sherbok dan ‘guru’ beliau, Stephen Sizer, kumpulan kristian Zionis giat memastikan agar dasar AS akan memberikan keuntungan kepada perjuangan mereka. Selain daripada isu Israel, kumpulan Kristian kanan juga menumpukan kempen dan lobi mereka untuk usaha penyebaran Kristian di seluruh dunia. Segala perundangan dan campur tangan politik AS di serata dunia direncanakan agar dapat memberikan keuntungan kepada matlamat tersebut.

Apakah pengajaran yang boleh dipelajari oleh para aktivis gerakan Islam?

Insha Allah kita bersambung pada artikel, ‘Good Governance sebagai medan jihad yang baru’!

No comments:

Post a Comment