Tuesday, 14 October 2008

Scrutiny Committee (part 2)


Scrutiny Committee (part 2)

Di dalam sistem Local Governance (Pentadbiran Majlis perbandaran atau daerah) di UK, scrutiny committe memainkanperanan yang amat penting. Local Government Act 2000 telah menetapkan bahawa selain daripada Datuk bandar -ala-Yang dipertua Majlis di Malaysia- (Mayor) yang dipilih melalui pilihanraya perbandaran, kabinet yang juga pilih melalui pilihanraya, dan juga para kaunselor atau ahli Majlis (councillor) yang juga dipilih melalui proses pilihanraya, sesebuah Majlis perbandaran juga hendaklah mempunyai komiti siasatan (scrutiny committee) untuk memantau perjalanan cabinet Majlis Perbandaran tersebut.

Bidang kuasa komiti tersebut telah dihuraikan oleh S. Snape dan F. Taylor di dalam buku mereka ‘A Hard Nut to Crack’ (2001), ataupun laporan Snape, Leach dan Colin (2002) yang bertajuk ‘The Development of Overview and Scrutiny in Local Government’ terbitan pejabat Timbalan Perdana Menteri British.

Sisi yang menarik dari komiti tersebut, yang sebenarnya meniru perlaksaan komiti yang sama di parlimen Westminster adalah konsepakauntabiliti dan check and balance, ataupun di dalam bahasa lainnya pemantauan terhadap kuasa eksekutif. Kuasa eksekutif, samada di peringkat legaslatif pusat mahupun di peringkat daerah atau tempatan juga wajib dipantau dan diawasi agar tidak berlaku pecah amanah dan juga salah guna kuasa.

Hal ini mengingatkan kita kepada konsep hisbah yang pernah diamalkan seawal zaman Omar, dan juga konsep mazalim di zaman Abbasiyyah. Samada hisbah,mazalim mahupun scrutiny committe, kesemuanya kembali kepada satu maksud, iaitu ‘akauntabiliti’.

Sifat manusia yang lemah dan terdedah kepada kebaikan dan kejahatan memerlukan pengawasan. Samada golongan ahli politik, mahupun golongan birokrat, kesemuanya mempunyai potensi untuk dikalahkan oleh nafsu dan juga naluri jahat mereka. Makah al ini mengundang satu mekanisme untuk mengawal pihak-pihak yang terlibat dari melakukan onar ke atas amanah yang telah rakyat berikan kepada mereka. Kesemuanya kembali kepada kepentingan awam, ataupun kepentingan majoriti.

Sebab itulah, jika ‘ulil amri minkum’ di zaman lampau ditafsirkan sebagai samada golongan pemerintah (umara) ataupun ulama, kini ianya wajib ditafsirkan sebagai ‘rule of law’ ataupun keluhuran undang-undang. Undang-undang merupakan sesuatu yang digubal berdasarkan kepentingan umum dan melalui golongan yang memerintah. Maka ianya mewakili hasrat majoriti dan juga kuasa pemerintah. Tiada sesiapa yang kebal dari undang-undang. Tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang. Sudah pastinya, di dalam kerangka masyarakat Islam, undang-undang mestilah brsumberkan wahyu Illahi. Setiap manusia adalah sama, konsep ketauhidan menekankan persamaan ini. Manusia semuanya sama di mata mereka. Tiada seorang pun boleh mengatakan dia lebih utama dan lebih kebal dari seorang yang lain dari segi perundangan di dalam Islam.

Di atas dasar inilah mereka yang telah dipilih wajib dipantau dan diawasi. Samada melalui hisbah, mazalim, ombudsman mahupun scrutiny committee. Malangnya hal ini tidak berlaku di dalam Negara-negara umat Islam. Lebih malang lagi Negara yang kononnya mengamalkan Islam yang ‘sunnah’ dan yang sebenar pun jauh dari mengamalkan konsep yang amat Islamik ini.

Apa yang malangnya korupsi dan juga pecah amanah yang sering berlaku sering dijustifikasikan di atas nama Islam. Apabila rakyat ingin bersuara dan memantau pihak pemerintah akan muncullah para ulama literal melaungkan ‘ketaatan kepada pemimpin adalah wajib’ dan ‘sebarang teguran kepada pemimpin secara terbuka adalah pemberontakan’. Sekali lagi agama digunakan sebagai alas an untuk menjustifikasikan maksiat sang penzalim. Malang sekali bagi mereka yang mudah terpedaya dengan tafsiran literal tersebut. Maka bergembiralah para penzalim, kerana maksiatmu mempunyai kekebalan. Hanya antara kamu dengan Tuhan, tetapi bagi rakyat jelata, isu khilaf di dalam ibadah dan muamalat pun akan menjadi isu besar dan isu Negara!

Kadangkala melihat kepada system autokratik di negara yang menjustifikasikan kezaliman mereka dengan agama, kita segera teringatkan negara Ocenia ciptaan Orwell. Bukan sekadar rakyat tidak boleh mengawasi dan membetulkan para pemimpin, malah bahan macaan mereka dipantau, hak mereka untuk menasihati dinafikan, usaha amar makruf nahi munkar hanya terhad kepada soal tutup kedai sewaktu solat dan juga wanita yang diharamkan memandu kereta, tiada kebebasan maklumat, tiada kebebasan bersuara, tiada kebebasan untuk penganut agama lain mengamalkan agama mereka...

Stalinisme versi Islam ini perlu diubah. Para ulama literal perlu dicelikkan dengan realiti dan cuba memahami zaman dan waktu mereka hidup. Sentimen dan persepsi perlu dibuang jauh-jauh. Bukan semua yang diamalkan di barat itu kufur. Bukan semua yang diolahkan dengan bahasa barat itu juga kufur dan bid’ah. Hanya proses dekonstruktif sahaja yang diperlukan. Bukankah telah terbukti, scrutiny committee itu amat Islamik, seislamik ‘hisbah’ dan juga mazalim. Proses pemilihan wakil rakyat melalui pilihanraya juga merupakan Islamik, seislamik proses pemilihan Abu Bakar di Saqifah Bani Saidah!

No comments:

Post a Comment