Scrutiny Committee (Part 1)
Kegagalan seseorang untuk memahami realiti di sekelilingnya akan menjadikan beliau gagal untuk menghargai kehidupan dan juga akalnya. Memang, kadangkala realiti yang satu itu juga mempunyai penilaian yang berbeza. Itu lumrah di dalam kehidupan manusia.
Sebagai contohnya, sebatang pokok yang berdaun lebat di hadapkan kepada enam orang celik mata dan berfikiran waras. Pastinya setiap seorang akan mempunyai pandangan yang berbeza tentang pokok tersebut. Pelbagai perkara akan mempengaruhi penilaian mereka terhadap reality yang satu itu. Mungkin faktor fizikal di mana mereka berada, mungkin faktor emosional di dalam diri mereka, atau mungkin sahaja faktor cara mereka berfikir, dan mungkin juga cara mereka menilai sesuatu objek.
Si A akan melihat pokok sebagai objek yang mempunyai batang, dahan dan dedaun yang lebat. Si B pula melihatnya sebagai tempat berteduh yang paling sesuai kerana rimbunan dedaunnya. Si C pula melihat bahawa batang pokok tersebut amat sesuai dijadikan perabot kayu jati. Si D pula akan merasakan bahawa pokok adalah sebahagian dari alam semulajadi seperti dirinya juga, dan beliau akan mempertahankan pokok tersebut sepertimana beliau mempertahankan nyawanya. Si E pula melihat bahawa pokok tersebut menganggu pemandangan indah di sebalik pokok berkenaan. Si F pula melihat bahawa pokok tersebut menyuburkan ingatannya kepada ibunya di kampung halaman...
Itulah realiti kehidupan...namakan apa sahaja perkara, pastinya pandangan setiap orang itu berbeza.
Hal yang sama juga di dalam isu agama...
Sebab itulah di dalam Islam terdapat dalil-dalil samada al-Quran dan hadis, yang mempunyai penerimaan dan juga pentafsiran yang berbeza.
Banyak perkara yang diiktiraf persamaannya, tetapi banyak perkara yang manusia berbeza di atas apa yang mereka sepakati tersebut.
Apatah lagi di dalam bidang politik.
Hal ini mengingatkan Maszlee kepada beberapa literasi yang ditulis oleh ulama-ulama Salafi Saudi berorientasikan pemikiran dan pendekatan literal terhadap dalil-dalil. Bukan hanya sekadar di dalam isu-isu dhat dan sifat Allah sahaja mereka bersikap literal, malah juga di dalam dalil-dalil yang berkaitan isu politik. Lebih malang lagi, mereka memaksakan pemikiran subjektif mereka yang literal itu ke atas orang lain. Bagi mereka, kebenaran itu hanya satu seperti apa yang mereka fahami, walaupun di dalam perkara-perkara ijtihadi. Maka barangsiapa yang tidak menerima seumpama pendapat mereka, seperti apa yang mereka fahami, maka ereka adalah golongan yang tersasar, dan bukanlah ‘firqah najiyah’ (kumpulan yang terselamat).
Bukan Salafi sahaja, malah golongan tradisionalis juga lebih parah di dalam usaha memaksakan kefahaman mereka terhadap reality ke atas orang lain.Lebih malang lagi di kalangan golongan tradisionalis, gejala taklid langsung mematikan budaya intelektual dan berfikir di kalangan para pengikut...nanti kita cerita waktu lain...
No comments:
Post a Comment