Nilai Sejarah Dalam Kehidupan Muslim
Lewat cuti summer yang lalu, rakan kita, saudara Maszlee telah membawa seisi keluarganya berjaulah (jalan-jalan) ke Scotland. Beliau telah ditemani oleh Dr Hafizal sekeluarga.
Dr Hafizal merupakan mantan Ameer MSM. Tidak keterlaluan jika dikatakan Dr Hafizal itu adalah MSM, MSM adalah Dr Hafizal bila melihat pada dedikasi dan juga nilai sentimental MSM pada kehidupannya. Beliau membesar dalam dakwah dan tarbiyyah melalui acuan MSM. Sebagai seorang doktor perubatan yang telah 14 tahun menetap di UK dna bergelumang dengan aktivisme dakwah dan tarbiyyah IM versi MSM dan MAB, banyak perkara yang boleh dipelajari darinya.
KEtika kami ke Edinburgh, saudara Maszlee kita telah tertarik dengan rumah tempat tinggal Alaxander Graham Bell. Ia mengingatkan beliau kepada rumah Franz Kafka di Czech yang tidak sempat beliau ziarahi. Dengan nilai puitisnya saudara Maszlee kita telah membawa Dr Hafizal mengimbau tentang sikap umat Islam terhadap kesan sejarah.
"Di manakah rumah kelahiran Rasulullah SAW ?, di manakah letaknya tempat berlakunya perjanjian Hudaibiyah?, ke manakah perginya kota-kota Yahudi Khaybar yang dikatakan mempunyai tujuh lapisan?, di manakah pejabat Muhammad Abduh?, Rashid Redha?, atau pejabat Hasan al-Banna?, di manakah pula rumah Syed Qutb?, bagaimana pula dengan bilik penjara tempat Ibn Taymiyyah dipenjarakan sehingga akhir hayatnya?, di manakah letaknya rumah Imam al-Nawawi?, al-Ghazali, dan lain-lain lagi..."
Hal ini mengingatkan kita kepada projek Zam-Zam Tower di Mekah. Projek mega yang merupakan salah satu pakej untuk me'meoden'kan kota Mekah itu telah menjamin kehancuran kesan-kesan sejarah, termasuklah istana lama peninggalan kerajaan Uthmaniyyah. Melihta keapda projek mega yang bakal memberikan Mekah dengan wajah yang serba 'moden', hati para pecinta sejarah menjadi pilu dan sedih.
Jika di Vatican terdapat artifak dan juga bangunan dan juga kesan peninggalan sejak berkurun-kurun lamanya, di Mekah tidak wujud perkara seumpama itu. Apa yang bakal dilakukan ke atas bandar Mekah melengkapkan proses penghancuran kesan-kesan sejarah sepeti yang pernah dilakukan oleh kerajaan Saudi yang awal dan juga gerakan reformis Muhammad bin Abdul Wahab.
Di satu sudut yang lain pula, wujud golongan yang merosakkan kesan-kesan sejarah dengan cara mereka. Pantang ada sahaja kubur, makam ataupun kesan sejarah berkaitan dengan para ulama, sahabat mahupun pejuang ISlam, pasti golongan penyembah kubur dan pengambil berkat akan setia bertawaf dan memohon doa dari pemiliknya. Melihat suasana di Mashad dan juga Mazaar di Iran dan Iraq, kita akan merasa malu dengan sikap golongan ini yang merosakkan kesan sejarah dengan cara mereka...apa pun yang berlaku, yang paling utama, nilai komersil dari proses kuburan tersebut amat menguntungkan sesetengah pihak, terutamanya para penjaga makam, masyhad, kubur dan apa sahaja yang dapat menjamin penjanaan ekonomi mudah.
Hal ini mengingatkan kita juga kepada coretan Muhammad Ahmad al-rashid di dalam buku beliau 'Sina'at al-Hayaat' (Life making). Beliau melihat unsur kesenian dan arkitek di dalam usaha menampakkan keindahan Islam dan dakwah. Beliau juga amat terkesan dengan sentuhan-sentuhan para karyawan lewat karya-karya seni mereka. Inilah yang dinamakan sebagai nilai estetika. Malangnya unsur-unsur ini kurang diterapkan oleh para pendokong gerakan Islam dan dakwah.
Wacana Islam lebih diwarnakan dengan warna hukum. Warna peraturan dan hukuman. Haram, haram, haram, dan haram. Wajib, wajib, wajib, dan Fardhu. Kesemuanya dinilai dari kaca mata hukum dengan meminggirkan unsur kemanusiaan, kesenian, kelembutan, keharmonian, kejiwaan dan juga spiritualiti. Maka lahirlah aliran yang keras menghukum dan juga aliran keras bertaklid. Keindahan sudah hilang, wacana Islam akhirnya diwarnai dengan warna kebencian, kedengkian, hukum menghukum, sesat dan menyesatkan, dan juga cerca mencerca.
Para pecinta Islam perlu mempelajari bahasa cinta, bahasa seni dan juga bahasa naluri. Melihat sesuatu dengan pandangan rahmat dan ihsan. Perlu belajar menghargai kehidupan dan juga ikatan kemanusiaan...Perlu menyelami kesenian hati dan jiwa nurani, berteraskan wahyu Illahi dan petunjuk Nabawi.

No comments:
Post a Comment