Tutor di Durham University
Hari ini (13 Oktober 2008) merupakan hari bersejarah di dalam diari hidup Maszlee Malik. Buat kali pertamanya dalam hidupnya beliau telah secara rasmi menjadi tutor di University of Durham, UK. Maszlee telah dilantik oleh pihak School of Government and International Affairs untuk mengajar subjek ‘Introduction to Islam’ kepada pelajar-pelajar pra-siswazah di universiti ke-3 tertua di England tersebut.
Kudos untuk Maszlee!!!
Ha,ha,ha...masuk lif naik sendiri.
Bukan apa, ibarat kata Winston di dalam 1984 karangan George Orwell, ‘writing for the future generation’...
Ha,ha,ha...sekali lagi masuk lif naik sendiri.
Tiada apa yang menarik, Cuma bezanya, bersama warga Muslim di UIA dahulu, mengajar subjek sedmikian merupakan proses ‘indoktrinisasi’, tetapi di UK ini hanyalah proses perkongsian maklumat dan ilmu semata-mata.
Bak kata ‘module convenor’ (penyusun materi subjek), ‘You must teach but not preach’, atau lawaknya bersama anak-anak murid di dalam kelas Maszlee, “Don’t worry though Maszlee is a Muslim, but he is not a preacher here; he is just your teacher!”...
Semuanya ditakdirkan oleh Allah.
Bak kata sang Alchemist kepada Santiago, “Maktub!”
Maszlee tidak pernah meminta jawatan tersebut, hanya jawatan ‘floor engineer’ sahaja yang pernah menjadi buruannya.
Hanya mungkin doa beliau selepas Safwan New Castle mengetuk hatinya tentang bilakah dia mahu berdakwah kepada Mat Salleh mungkin menjadi penyebabnya.
Maszlee masih lagi tidak faham bagaimana cara orang putih berfikir walaupun dah setahun lebih menetap di bumi UK ini. Seperti mana penuntut pasca-siswazah yang lain, Maszlee juga merupakan peserta ‘masyarakat kepompong Melayu’ di Durham. Bukan sekadar di Durham, lihat di tempat-tempat lain juga, masyarakat Melayu Malaysia yang dating melanjutkan pelajarn di peringkat ijazah kedoktoran sudah Berjaya membina ‘cekerang selamat’ (safe shell) mereka.
Hendak berdakwah kepada orang putih?
Ibarat mimpi di dalam mimpi...sesama rakyat Malaysia yang non-Muslimpun belum tentu!
‘Maktub’!
Seperkara yang pasti, misi Maszlee di bumi UK semakin mencabar. Apakah pengalaman baru ini akan memperkayakan diri beliau dengan ilmu yang dapat digunakan di bumi Malaysia kelak?
Apakah ianya juga boleh bertindak sebagai pemangkin di dalam usaha ‘perpindahan ilu’ dari bumi UK ini ke bumi Malaysia nan tercinta?
Sama-sama kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti, ruang seciput ini akan dijadikan medan untuk memantau saudara Maszlee Malik kita. Biar dia tahu, “Big Brother is watching him”...
* Ibu mertua Maszlee bertanyakan: “Maszlee mengajaq sifat 20 ka kat budak-budak oghang putih tu?...”, Apakah yang beliau mampu untuk menjawab?
No comments:
Post a Comment