Di dalam salah satu sessi tutorial saudara Maszlee bersama penuntut-penuntut undergrad subjek 'Intro to Islam', salah seorang dari mereka mengatakan:
"I've heard and watched tonnes of infos on Islam from the media, unfortunately they are not sufficient to built a true image of Islam inside my thoughts".
Dia tidak berseorangan, malah kebanyakan para penuntut yang mengambil subjek berkenaan mempunyai perasaan yang sama. Mereka ingin tahu lebih tentang Islam akibat propaganda media yang keterlaluan terhadap Islam.
"I want an answer to my doubts", celah salah seorang dari mereka.
Pada waktu itu, module convenor, Dr Turner terus menyampuk.
"I am afraid you might not get that answer from this module. What we want from the students who registered with this module is to create more questions and to find the answers by their own"
Hal ini mengingatkan saudara Maszlee kita kepada Ali Shariati. Di dalam bukunya mengenai sosiologi di dalam Islam, beliau menceritakan bagaimana beliau sering menimbulkan persoalan-persoalan kepada para penuntutnya. Mereka akan berbincang, dan merumuskan ide-ide mereka sendiri dari hasil kajian dan perbahasan.
Di dalam beberapa keadaan tertentu, mereka menemukan jalan buntu dan meminta Ali Shariati memberikan jawapan. Beliau terus menjawab:
"Do you think I am an opium to give you the state of tranquility ???!!!"(aw kama Qaal)
Hal sebegini mungkin tidak dilatih kepada para penuntut kita, apatah lagi masayarakat kita. Jarang sekali kita dilatih untuk menemukan jawapan sendiri dari hasil kajian dan perbahasan berdasarkan persoalan-persoalan yang dilontarkan. Metod seperti ni bukanlah asing di dalam Islam. Imam Abu Hanifah di dalam mencorakkan madrasah 'Ahl al-Raky' telah menggunakan teknik seumpama ini. Sebab itulah jarang kita menemukan pandangan muktamad dari al-Imam di dalam mazhab Hanafi, tetapi menemukan pendapat-pendapat para penuntutnya seperti al-Hassan, Zufur dan Abu Yusuf.
Ini berlainan dengan sikap dan juga tradisi kita di dalam menuntut ilmu. Kita mahukan 'jawapan segera'...hitam atau putih.
Sikap seumpama ini terbawa-bawa di dalam sikap kita di dalam berkomunikasi. Kita mahukan jawapan dan juga kata putus. Jika yang dilontarkan itu persoalan dan juga provokasi, kita akan terus membuat kesimpulan, "itu adalah jawapan!"..."itu adalah pandangan", "itu adalah kritikan"...
Ruang blog ini menggunakan metod Abu Hanifah. Jika anda merasakan bahawa apa yang diutarakan merupakan kesimpulan dan juga 'paksaan' ke atas para pembaca, maka ini bukanlah maqasid blog ini. Apa yang ingin dikongsikan ialah 'Questions to create more questions'...
Terima Kasih kepada beberapa pembaca yang telah memberikan pandangan mereka, samada dengan mengutarakan blog-blog sendiri ataupun berhujah di ruang komen...itu semuanya juga merupakan 'questions to create more questions'...percambahan pemikiran, dan perkongsian pendapat.
Tiada sesiapa yang boleh memaksa anda untuk bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat...andalah yang berhak untuk memutuskannya.
Maszlee Malik
Durham, UK.
teruskan mencari persamaan walau wujud berjuta perbezaan
ReplyDelete