Tuesday, 21 October 2008

Negara Kebajikan


Negara ‘Kebajikan’

Di dalam salah satu temuramah Ali G (salah satu kayfabe atau persona Sasha Baron Cohen) dengan ahli politik veteran sosialis ternama di UK, Tony Benn, isu ‘welfare state’ atau negara kebajikan telah ditimbulkan oleh Cohen. Ahli komedi berbangsa Yahudi British berkelulusan Cambridge ini memang terkenal dengan soalan-soalan nakal dan bodohnya di dalam siri-siri komedi temuramah beliau. Apa yang menariknya ialah mereka yang ditemuramah beliau merupakan tokoh-tokoh ternama termasuklah Noam Chomsky, Ralph Nader, James Baker dan lain-lain nama lagi.

Di sebalik gaya bahasa English ala Gangsta Rap Jamaican yang rosak dan juga nada yang bodoh, seringkali soalan-soalan yang ditanyakan oleh Cohen mempunyai makna yang mendalam dan amat mencabar. Para tokoh tersebut dicabar dengan soalan yang kononnya ditanyakan oleh orang awam dengan nada yang bodoh tetapi menduga sejauhmana mereka berupaya menjawab semula soalan-soalan tersebut di dalam bahasa yang dapat difahami oleh golongan berkenaan. Tidak semua berjaya melepaskan diri dari perangkap si Cohen, ternyata kecerdikan beliau terserlah di sebalik kebodohan watak Ali G.

Isu welfare (Ali G menyebutkan well fair) state ataupun negara kebajikan mempunyai ruang perbincangan yang luas. Isunya bukan hanya terhad kepada pembahagian sama rata kekayaan negara seperti yang sering dilaungkan. Ataupun ianya tidak semudah mengagihkan kekayaan kepada golongan miskin seperti yang digambarkan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia. Bagi negara UK khususnya, negara kebajikan mempunyai wajah hodohnya yang tersendiri. Wajah yang hodoh tersebut telah memberikan imej yang buruk kepada istilah ‘kebajikan’ itu sendiri.

Bagi sesetengah golongan yang terpesona melihat konsep negara kebajikan, terbayang di kepala mereka persekolah percuma, perubatan percuma, duit elaun untuk semua golongan yang lemah dan tidak berupaya, infrastruktur yang mesra rakyat dan lain-lain inisiatif lagi. Negara kebajikan dilihat sebagai erti kepada ‘demokrasi’ dan perjuangan hak rakyat. Malangnya wajah buruk ‘negara kebajikan’ mungkin tidak dapat dilihat sehinggalah ianya dilaksanakan.

Di UK, sebagai contoh, elaun yang diberikan oleh kerajaan bagi mereka yang tidak bekerja telah meningkatkan peratus golongan yang tidak bekerja atau malas bekerja dan hanya menantikan wng elaun semata-mata. Elaun anak-anak telah menggalakkan lahirnya banyak anak-anak luar nikah yang dibela oleh ibu tunggal yang tidak bertanggung jawab. Akhirnya putaran masalah social mengulangi dirinya. Gejala sosial hasil dari masyarakat yang malas dan juga bermentaliti rendah ini semakin runcing walaupun tidak seburuk kadar jenayah di Malaysia. Jenayah remaja, jenayah melibatkan arak, mabuk, jenayah pisau dan macam-macam lagi bentuk masalah sosial berlaku akibat kemanjaan berlebihan di kalangan masyarakat pemalas yang dibela oleh kerajaan.

Jika di Malaysia, masyarakat bumi putera dikaitkan dengan mentaliti subsidi dan tongkat, masyarakat tempatan di UK lebih parah. Bukan sekadar tongkat dan subsidi, malah mereka menjadi terlalu malas dan hilang daya saing. Di sudut yang lain pula, cukai juga semakin tinggi diambil dari mereka yang bekerja dan berniaga untuk menampung masyarakat yang malas tersebut. Banyak lagi wajah-wajah buruk negara kebajikan yang dilalui oleh UK semenjak mereka pertama kali mengamalkannya pada tahun 1945. Mungkin buku ‘The Welfare State We’re In karya James Bartholomew boleh dijadikan panduan. Hanya mungkin sahaja kritikan beliau bertitik tolah dari ideologi ‘classical libealism’ yang dianutinya agak keterlaluan. Sebagai pengkagum Hayek, Milton Friedman dan Boaz, Bartholomew mempamerkan agak ketara ide-ide ‘liberties’ beliau di dalam karya berkenaan.

Apakah solusi Islami kepada persoalan ini?

Apakah laungan ‘Negara Islam’ yang lebih berupa retorik sudah memadai?

Atau mungkin juga ‘Negara Kebajikan’ berteraskan ideologi Islamis dengan coraknya yang tersendiri seperti cadangan PAS lewat PRU pada bulan Mac yang lalu?

Mungkin buku ‘Role of the State in the Economy’ karya Nejatullah Siddiqui berupaya menjadi titik tolak perbincangan tersebut.

Bagi saudara Maszlee pula, beliau terlalu ingin menterjemahkan ide-ide Nizamul Muluk melalui karya agungnya ‘Siyasat Nameh’ untuk menjadi panduan kepada kelahiran ide ‘negara ideal’ bertunjangkan ideologi Islamis. Banyak sekali aksiom-aksiom yang boleh dihasilkan dari nasihat-nasihat Nizamul Mulk berkaitan tadbirurus (governance) di dalam buku berkenaan.

Maszlee Malik

Durham, UK.

* Masih lagi belum dapat mencernakan ide-ide bernas sang genius Imam al-Ghazali lewat karya beliau, ‘Nasaih al-Muluk’.

6 comments:

  1. salam kpd maszlee,
    byk yg sy tak setuju dgn anda ttg artikel ini dan artikel2 sblm ini.tetapi utk artikel ini saya dah tak tahan lagi.semuanya anda pandang dgn simplistik.common lah,anda ke uk dgn wang rakyat utk doktor phd tetapi menuaikan pemikiran simplistik dlm penulisan.

    anda tidak malukah menggunakan sabda alexander dumas?adakah anda benar2 menghayati kata-kata nya?Mari sini saya tuturkan semula utk anda.
    “All general statements are dangerous, including this one.”

    Anda tidak terfikirkah asal usul serta sejarah welfare state di britain?

    Anda dgn simplistik menghina pemberian elaun kpd jobless people.Tidakkah anda terfikir jika jobless people ini tidak diberi elaun mereka akan menjadi PENCURI dan PENGEMIS.cuba lihat kembali negara anda,di masjid negara,di lorong2,di kaki2 jalan hadirnya ramai pengemis tak kira melayu dan india.bukankah ini menjatuhkan maruah bangsa.dekat london ada pengemis?Pencuri dan perompak makin banyak di malaysia.adakah manusia dilahirkan memang tertulis didahi mereka sebagai perompak.mereka merompak sebab lapar dan tidak mempunyai pekerjaan.setidak-tidaknya kerajaan britain islamik dalam isu ini.Pemberian elaun kpd jobless people sebenarnya mengurangkan beban kerajaan dan public terhadap jenayah sosial.masyarakat britain hidup aman kecuali mereka minum arak.

    Elaun anak2 juga dikritik anda,setidak-tidaknya ibu tunggal yg dihina anda sanggup membela baby mereka dan tidak membuang baby itu di tong sampah atau didalam masjid seperti perempuan2 melayu di malaysia.Kerajaan sekular kristian anglican Britain lebih penyayang kpd baby dan para ibu tunggal.

    Commonla,anda sendiri mengakui jenayah dibritain tidak seburuk malaysia.Malah britain kadar jenayah pembunuhan adalah paling rendah dalam dunia.Cuba pandang sesuatu dari pelbagai sisi.Jangan jadi hizbut tahrir di uk,yg ada pada mereka cuma hitam dan putih.Elaun2 yg diberikan pd jobless dan ibu2 tunggal sebenarnya menjana kembali pengaliran tunai dlm ekonomi britain.Semua org mendapat nikmat dan kek pengagihan kekayaan di dlm sistem ekonomi britain.

    Adakah anda seorang yg taksub pada diri sendiri? Ini hanya soalan dari saya.kenapa soalan ini timbul?sebab anda terlalu obses dgn observation anda sendiri.

    Kenyataan2 anda juga selalunya adalah umum.Ingatlah sabda alexander Dumas ini,“All general statements are dangerous, including this one.”

    ReplyDelete
  2. Asian Values for Asian dictators = ‘Taat Ulil Amri’ doctrine for Muslim dictators!


    apa ini?Ianya lagi satu kenyataan umum yg bahaya.Dan tidak keterlaluan ia adalah kenyataan bodoh.Mungkinkah taat pada saidina abu bakar pada zamannya adalah taat kepada diktator?

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih Farhanah kerana menjadi pembaca setia blog saya.

    Terima kasih juga kerana telah memberikan pandangan anda.

    Harapan saya agar saudari dapat membezakan di antara 'obses' dan 'memaksa'kan pandangan, dengan 'lontaran-lontaran persoalan' untuk difikirkan.

    Cuba lihat di setiap perenggan-perenggan akhir setiap artikel, apakah ada unsur 'paksaan' terhadap apa yang dikemukakan, ataupun ianya sekadar 'lontaran pertanyaan' agar para pembaca dapat turut serta memberikan pendapat?

    Apapun, anda telah berjaya memberikan beberapa jawapan kepada persoalan2 tersebut, (walaupun dengan nada emosi)...

    di dalam ruang ini, saya tidak akan memberikan 'betul' atau 'salah', apa yang saya inginkan ialah jawapan, ataupun 'persoalan' lain yang akan timbul dari 'persoalan-persoalan' yang diutarakan.

    Terima Kasih sekali lagi, teruskan membaca dan memberikan 'jawapan-jawapan' anda.

    Pandangan anda amat berharga.

    ReplyDelete
  4. Farhanah said: "Mungkinkah taat pada saidina abu bakar pada zamannya adalah taat kepada diktator?"

    Abu Bakar diktator ke?

    Harap Farhanah dapat meluaskan lagi pembacaan mengenai penyalah gunaan doktrin tersebut oleh para diktator Muslim.Mungkin buku 'Tabai' al-Istibdad' karya al-Kawakibi, ataupun 'al-Hurriyaat al-'Ammah' Thesis PhD Rashid al-Ghannouchi dapat memberikan sedikit gambaran.

    Buku Ahmad al-Katib mengenai pemerintahan diktator di dalam pemikiran politik Saudi-Wahabisme juga amat menarik untuk dibaca juga.

    ReplyDelete
  5. hermmmm....

    mengapa mesti emo?

    Isu welfare state ni bukan baru. mungkin farhanah tak cukup baca lagi kot. di uk ini, setelah lebih 10 tahun saya tinggal, memng isu ini ada pros dan cons.

    kalau rajin baca literasi2 dan media tories dan libs dem, memang banyak kritikan terhadap welfare state.

    kadar jenayah curi dan rompak bukan ukuran, harap boleh lihat latest statistic mengenai kadar jenayah pisau dan arak di UK yang semakin runcing. Msia tak boleh dikiaskan, loads to be improved.

    Apa yg ustad Mazlee tulis ni ada benarnya, cuma mungkin terlalu ringkas (it just a blog and not a journal article).

    Hope Farhanah will try to read more, things are not just black and white.

    anyway, good articles ustad. I really enjoy them.


    Senile Dad,
    London (Lundang)

    ReplyDelete
  6. salam ustaz

    menarik...semoga ustaz dipermudahkan dalam urusan menterjemahkan idea tersebut. Teori diterjemahkan dan perlu serapkan dan laksanakan. Pelaksanaanlah yg mampu membuat perubahan. Proses yang mungkin berjaya atau gagal. Proses yang lahir dari idea. Apa yang pasti, proses perlu terus dan ada.

    just my 2 cent

    ReplyDelete