Sunday, 19 October 2008

Golongan pengecut yang lemah otaknya

Golongan Pengecut yang lemah otaknya

Apabila melihat kembali shout box yang disediakan, saya amat terkejut dengan beberapa suara sumbang mengenai Wahabi. Lebih malang si pengecut ini menggunakan nama 'Maszlee".

Bagi saya (Maszlee), ini merupakan kerja pengecut yang amat lemah otaknya. Bagi golongan seperti ini dunianya hanya berkisar persoalan Wahabi itu sesat. Islam yang difahami oleh manusia-manusia lemah otak ini amat sempit, jauh dari keluasan Islam sebenar yang dipenuhi dengan rahmat dan cinta dari Allah.

Golongan yang lemah otak ini juga tidak dapat berfikir lebih jauh mengenai isu umat. Bagi mereka isu yang mereka terima dari tok-tok guru mereka itulah sebesar-besar isu di dunia ini.

Wajarlah bagi mereka untuk terus menjadi dungu dan lemah otak.

Kepada si pengecut yang lemah otak, saya harapkan agar tidak menganggu blog saya ini, apatah lagi menimbulkan isu-isu remeh seperti Wahabi dan lain-lain isu yang tidak diambil kisah oleh mereka yang berotak cerdas.

Janganlah berselindung dengan nama saya atau nama apa-apa sahaja di shout box. Jika anda seorang Muslim, maka tampilkan identiti anda. Jika tidak saya pasti ini mesti kerja-kerja Zionis yang sememangnya sentiasa mengganggu usaha pembebasan bumi Palestin dan kemajuan umat Islam.

Bagi para pembaca sekelian harap tidak terusik dengan tindakan dungu, bodoh dan bacul si pengecut Zionis yang mungkin berpusat di 'Lubnan' ini. Mereka akan sentiasa mengganggu para pejuang Palestin dan pejuang Islam yang lain. Mereka menggunakan isu 'Wahabi' sebagai topeng untuk memburukkan para pejuang isu Palestin dan para pendokong gerakan Islam.

Namun, terima kasih juga keapda para pengecut ini kerana setia membaca blog saya. Harap-harap dapatlah kiranya para pengecut seperti ini menyebarkan isi kandungan blog yang amat sederhana ini kepada rakan-rakan Zionis dan pengecut mereka yang lain.

Maszlee Malik,
Durham, UK

No comments:

Post a Comment