Friday, 27 June 2008

Mengapa Diam Membisu???!!!

Ratusan pertanyaan menerjah ke kotak e-mail: 'Mengapa Laman Blog Dibiarkan Membisu???'

Poad kata sebab tsunami...


Tidak, tsunami tidak melanda Durham.

Hanya penulisnya sahaja masih di dalam proses 'Enlightenment'...

Proses menilai diri dan melihat seluas-luaskan kejahilan dan kedunguan sendiri.

Merungkai kekerasan hati dan kedangkalan 'Basirah'.

Melaknati setiap kegopohan dan kelencongan amarah.

Belajar menilai erti dan harga 'ilmu'...walau dari manapun sumbernya.

Meniti langkah-langkah kecendiakawanan sambil bertatih.

Sehingga buku 'Road to serfdom' Hayek dan 'Nasaih al-Muluk' al-Ghazali dikhatamkan, insha Allah blog ini akan semula terisi...dengan pelbagai kejutan!

Baru berbaloi datang ke bumi UK ini!



Maszlee
Durham, UK.

3 comments:

  1. Alhamdulillah sekurang-kurangnya post ini mengubat sikit rindu bagi kami yang selalu juga melawat ke blog ini. Harap diamnya ustaz dalam proses 'englightenment' itu tidak sepanjang diamnya Immanuel Kant selama 10 tahun. Lama sangat tu :)

    ReplyDelete
  2. Ya memang Alhamdulillah ucapan selayaknya... saya bersyukur pernah berjumpa dan mendengar sendiri ucapan dan laungan semangat ustaz berkenaan isu palestin suatu ketika di Kolej Keris Mas UKM...

    dan setelah itu, ramai dari kami yang mendengar ucapan ustaz telah mengorak langkah contohnya anak murid ustaz, Safwan Saparuddin dan Mujahid... ada yang sudah mengikuti ustaz kembara ke Lubnan dan menjayakan misi kemanusiaan insan ini...

    akhirnya, sedikit panduan ustaz, ramai pula telah menjadi duta Palestin di negeri dan kawasan belajar masing-masing... berucap dan menulis di laman sendiri...

    dan sesungguhnya apa yang ingin saya sampaikan adalah khusus untuk pembaca dan perindu ustaz Maszlee Malik agar tidak terlalu berharap input dari ustaz Maszlee seorang...

    jadilah kita orang yang belajar membuat kerja selain belajar membaca dan mendengar...

    saya yakin jika perasaan rindu dan kebersamaan yang selalu ini akan membantu bilamana kita semua para pembaca mahu berubah dari status pembaca kepada status pekerja yang berjasa pada apa yang diperjuangkannya...

    maka tatkala itu akan ada perkongsian baru dan kejayaan baru lebih baru dari kejayaan ustaz Maszlee...

    ReplyDelete
  3. hohoho

    kepala ustaz maszlee sudah menghadam Barat....

    tunggu aja jeritan baru evolusi 'tatawwur fikriah' yang biasa jadi kepada 'mereka' yang sudah tidak berada di dalam zon separa sedar....

    haha... good luck ustaz!! gambate.. masih lagi menghadam sambil meniarap.. tak dapat nak bertatih2 lagi.. huhu

    menunggu lagi....

    ReplyDelete