Fatwa Halalkan Darah warga Arab Palestin
Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.
Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.
Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.
Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin. Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?
assalaamualaikum...
ReplyDeletepak lan sini..
berita terbaru...sahabat kita di al bayt dulu, abd. hafiz kamil, suami kpd nurasyikin ismail (syikin johor) telah kembali ke rahmatullah setelah beberapa tahun menderita sakit leukimia.
Assalamu'alaikum Ustaz,
ReplyDeleteLama tak dengar cerita...especially kat Malaysia_Reverts :)
Assalamualaikum ustaz
ReplyDeletesy sangat curious dengan isu ini dan tidak tahu kepada siapa perlu saya ajukan soalan ini,melainkan kepada ustaz sendiri.
just one quick question ye ustaz..
"para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds."
apakah ini juga dipersetujui oleh rabbi dovis weiss yg selama ini menentang rejim zionis serta penubuhan israel??bagaimana pula dengan rabbi lain di negara selain israel?apa pandangan mereka?dan apa respon dan tindakan yang boleh ustaz suggestkan untuk membantah fatwa ini,especially kalau kita melihat dari konteks seorang pelajar..
jzkk ustaz..
Yg mendambakan cebisan ilmu,
Intan Nadia
the University of Nottingham
Sis Nadia,
ReplyDeleteSeperti biasa Dovid Weiss sebagai seorang aktivis Naturei Karta, menentang sebarang penghalalan nyawa umat Palestin. ini memang sudah termaktub dalam pendirian kesatuan Yahudi Ortodoks itu.
utk maklumat lanjut mengenai Naturei Karta terus saja ke laman web mereka.
sekian,
zahid naser
berlainan dengan David Weiss Halivni mantan pensyarah universiti colombia adalah seorang PRO-ISRAEL..
ReplyDeletesekian,
zahid naser
HeHe, Ustaz..
ReplyDeleteNaturei Karta jumpa Qardhawi..
kalau budak syiah nampak diorang jaja sunguh-sunguh gambar tu...
مرحبا ،
ReplyDeleteواريد ان اقول لكم عن عظيم الموقع وجدت. إنهم لا يدفعون لي لقراءة البريد الالكتروني وزيارة المواقع على شبكة الانترنت وأكبر من ذلك بكثير.
انها مجانيه وسهلة للانضمام الى تسجيل الدخول! انقر فوق هذا الارتباط لزيارة :
http://www.ft-mails.com/pages/index.php?refid=chuach2008
اشترك لكسب المزيد النقدية الآن!
Kekejaman Yahudi di bumi suci Baitul Maqdis suatu hari nanti akan berakhir apabila Yahudi akan dibalas Tuhan dengan balasan yang keras yang akan diperlihatkan di depan mata mereka. Bukankah melakukan pahala atau dosa di bumi suci (Mekah, Madinah, Baitul Maqdis) balasannya adalah lebih berbanding di tanah lain??
ReplyDelete;(
ReplyDelete