Thursday, 7 February 2008

Kotak Pandora Telah Dibuka!


Kotak Pandora Telah Dibuka!

“Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi,katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan” (al-Baqarah (2): 219)


Jaqui Smith, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri (Home Office Secretary) bagi kerajaan pimpinan parti buruh (Labour) di UK telah membuat pengumuman baru lagi mengenai para remaja pada bulan Februari ini. Pada penghujung tahun lepas isu pergaduhan dan pembunuhan yang semakin meningkat di kalangan remaja dikaitkan dengan senjata tajam yang sering dibawa oleh para remaja, kini minuman keras pula menjadi isunya. Beliau meminta pihak keselamatan untuk menahan para remaja yang meminum minuman keras di tempat umum dan juga merampas minuman tersebut. Kenyataan beliau timbul setelah setiap hari kes pergaduhan yang meragut nyawa di kalangan remaja semakin tidak terkawal.

Ide tersebut disokong oleh parti konservatif melalui kabinet bayangan mereka.Malah, di pihak konservatif, mereka mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan dan masyarakat untuk lebih peka terhadap isu tersebut. Pada tahun 2007, isu minuman keras pernah menjadi perdebatan hangat, terutamanya kesannya terhadap kesihatan dan jenayah. Melalui statistik yang dikeluarkan oleh stesen televisyen BBC, remaja Britain merupakan peminum arak yang paling tinggi di serata Eropah. Jenayah yang disebabkan pengaruh minuman keras juga amat ketara di bumi UK.

Apakah UK akan mengharamkan minuman keras?, itu merupakan satu perkara yang amat mustahil. Hatta golongan konservatif pun akan membantahnya. Minuman keras sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka di dunia barat. Malah di kalangan warga timur yang ingin mem”barat”kan diri mereka juga mempunyai perasaan yang sama terhadap minuman keras. Bukan minuman yang salah, tetapi peminum yang salah. Bagi mereka, tidak mengapa diminum, tetapi ada hadnya...

Seperti kata pepatah Inggeris, kotak Pandora telah dibuka, dan ianya tidak akan boleh ditutup semula. Kotak Pandora yang mengandungi kejahatan itu telah melepaskan semua jenis kejahatan sejurus Pandora melanggar perjanjiannya untuk tidak membuka kotak tersebut. Hal yang sama kepada minuman keras. Apabila ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan, malah sebahagian daripada identiti masyarakat, adalah sukar untuk dipisahkan, apatah lagi diharamkan. Maka, pergelutan mereka adalah untuk menanggung dan mengurangkan risiko.

Jelas hikmahnya mengapa Islam mengharamkan minuman keras. Seperti yang disifatkan oleh Ibn daqiq al-‘Eid (mati 660H), kesemua yang terkandung di dalam Syariat Islam adalah maslahat (keuntungan) kepada manusia. Samada ianya berupa sesuatu yang memberikan keuntungan ataupun ianya untuk mengelakkan kebinasaan di dalam kehidupan mereka. Bak kata al-Shatibi (mati 790H), Islam datang untuk menjaga dan mempromosi lima kategori maslahat (kepentingan ) di dalam kehidupan manusia, agama mereka, nyawa, akal, kehormatan (keturunan) dan juga harta mereka. Apabila Islam mengharamkan arak, nyata sekali ianya untuk kebaikan kehidupan manusia di dunia. Dunia tanpa arak akan lebih aman, lebih sihat dan juga lebih bertamadun. Malangnya apabila ketamadunana itu hanya diukur dengan pembangunan fizikal dan materialisme semata-mata. Kualiti kehidupan sepatutnya menjadi ukuran ketamadunan sesuatu bangsa juga.

Di Malaysia, kotak Pandora belum belum terbuka lagi. Walaupun minuman keras sudah berleluasa di serata Malaysia, namun keadaan tidaklah seburuk di UK. Meminum minuman keras masih lagi dianggap sesuatu yang tidak beretika oleh majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Meminum minuman keras masih lagi belum menjadi satu kemestian di kalangan rakyat. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyekat agar ianya tidak berleluasa. Janganlah sampai jenayah juvana berleluasa kerana pengaruh minuman keras barulah kita hendak mengambil langkah untuk menyelesainya.

Pihak media, kementerian kesihatan (yang tidak bermenteri sekarang ini), kementerian belia, NGO-NGO, pihak berkuasa agama perlulah melakukan sesuatu yang pro-aktif. Undang-undang dan penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi. Usaha bersepadu, terutamanya dari pihak media perlu untuk mempamerkan wajah buruk minuman keras. Janganlah kerana kerakusan untuk menjana ekonomi, kebajikan rakyat dan masa depan rakyat diperjudikan. Sesuatu perlu diinisiatifkan sebelum kotak Pandora terbuka luas di bumi Malaysia Dar al-Hadhari!

“46% jenayah di UK adalah disebabkan oleh pengaruh alkohol!” , Jaqui Smith (6 Februari 2008).

3 comments:

  1. hmmm.... di daerah kami ini minuman beralkohol ada yang serendah RM 3 sebotol.Remaja boleh membeli dengan bebas, pernah di depan mata kami remaja awal belasan tahun mengilik botol arak keluar dari pasaraya. Baru-baru ini seorang remaja perempuan dicekup kertika pening2 lalat semasa majlis sukan sekolah sedang rancak berlangsung di padang... benarkah ia masih terkawal?

    ReplyDelete
  2. Berbanding dgn UK, di Msia masih belum parah...

    Cuma ianya bukanlah sesuatu yang patut dirasakan cukup.

    ReplyDelete
  3. kita lihat saja gimana ke depannya....

    -----
    Jika Anda membutuhkan info tentang kampus STMIK Jakarta silahkan klik website kami di http://jak-stik.ac.id

    ReplyDelete