Arak, Dan Mabuk Dalam Keretapi di UK
Keretapi merupakan kenderaan yang efisien untuk rakyat UK bergerak dari satu tempat ke tempat yang jauh. Walaupun keretapi di UK tidaklah sehebat dan selesa seperti keretapi di Jepun, namun ianya sudah cukup untuk memberikan keselesaan kepada rakyat untuk bergerak di dalam UK. Mungkin di Malaysia, rakyat lebih selesa dengan kenderaan peribadi dan juga bas awam, maka pengunaan keretapi tidak lah begitu popular. Mungkin perkhidmatan keretapi itu sendiri perlu diperelokkan lagi demi mengurangkan kadar kemalangan di setiap musim perayaan di jalan raya.
Keretapi merupakan kenderaan yang efisien untuk rakyat UK bergerak dari satu tempat ke tempat yang jauh. Walaupun keretapi di UK tidaklah sehebat dan selesa seperti keretapi di Jepun, namun ianya sudah cukup untuk memberikan keselesaan kepada rakyat untuk bergerak di dalam UK. Mungkin di Malaysia, rakyat lebih selesa dengan kenderaan peribadi dan juga bas awam, maka pengunaan keretapi tidak lah begitu popular. Mungkin perkhidmatan keretapi itu sendiri perlu diperelokkan lagi demi mengurangkan kadar kemalangan di setiap musim perayaan di jalan raya.
Malangnya, keselesaan keretapi samada di UK sering dicemari olehkeadaan mabuk para penumpangnya. Terutamanya jika mereka pulang dari menyaksikan perlawanan bola ataupun sukan-sukan popular yang lain. Keadaan yang sama juga lebih parah di dalam “tube” ataupun LRT di dalam bahasa orang Malaysia. Malam-malam sabtu dan malam-malamminggu merupakan suasana yang paling tidak enak di dalam gerabak-gerabak keretapi dan juga tube. Samada bau arak, ataupun tingkahlaku peminumnya yang sedang mabuk, kesemuanya memberikan suasana tidak selesa kepada para penumpang yang lain.
Hal ini telah saya alami sendiri pada 22 Oktober yang lalu. Di dalam perjalanan pulang dari London menaiki keretapi Gner ke Durham, saya telah berpeluang menyaksikan keburukan perangai mereka yang mabuk. Kebetulan pula pada hari semalamnya England telah kalah di dalam perlawanan piala dunia Ragbi kepada Afrika Selatan. Keadaan para penumpang yang merupakan penyokong-penyokong England yang pulang dari London amat mengganggu par apenumpang. Kehadiran para anggota keselamatan bagaikan tiada erti kepada para penumpang tersebut. Terjerit terlolong, sambil menyanyi lagu-lagu berunsurkan lucah di dalam gerabak yang saya naiki merupakan pengalaman yang paling tidak menyeronokkan sepanjang perjalanan 3 jam di dalam keretapi berkenaan.
Bau arak yang keluar dari mulut hampir separuh penumpang yang mabuk memburukkan lagi keadaan. Bagaikan tiada perasaan malu, mereka melakukan perkara-perkara yang tidak bertamadun di hadapan khalayak ramai. Di dalam keadaan tersebut saya sempat mendengar beberapa kata-kata kesat mereka yang berbau perkauman apabila mendapati seorang non-English di dalam gerabak keretapi tersebut. Terserlahlah kebenaran penjenamaan arak sebagai “Umm al-Khabaith” (ibu segala keburukan atau kejahatan) oleh syariat Islam.
Hal in mengingatkan saya kepaa khutbah Jumaat mengenai arak yang pernah saya sampaikan di beberapa buah masjid di Lembah Kelang. Antara kandungan khutbah tersebut ialah mengenai kesan buruk arak terhadap kehidupan manusia. Sebagai contohnya, kesan buruk arak terhadap kesihatan. Menurut National Institute on Alchohol Abuse and Alchoholism di Amerika , di dalam jurnal mereka pada tahun 1996, kajian telah telah menunjukkan bahawa alkohol yang terdapat di dalam arak akan meningkatkan stress ke atas peminumnya. Ini kerana alkohol merangsangkan pengeluaran secara berlebihan hormon – hormon corticosterone dan adreaneline yang mana kedua – dua hormon ini meningkatkan tekanan dalam diri manusia.
Dr James H Stein, pakar jantung di Univ. Wisconsin dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Milwaukee Journal Sentinel bertarikh 28 Nov 1998 menyebutkan :
“Alkohol merosakkan jantung dengan cara melemahkan otot – otot, menganggu cara jantung mengepam darah dan menaikkan tekanan darah. Alkohol juga merosakkan hati, menyebabkan radang pancreas, kanser esophagus dan juga kanser perut”.
Banyak lagi kajian – kajian lain yang menunjukkan keburukan arak terhadap tubuh manusia. Dan ianya seolah – olah suatu perkara yang dikaetahui umum dan hanya orang yang tidak berakal sahaja akan menafikan bahaya arak terhadap kesihatan dan tubuh manusia.
Realiti juga telah membuktikan kepada kita, betapa ramainya pesakit – pesakit jiwa dan otak di sekeliling kita yang disebabkan oleh ketagihan arak. Ini disebabkan arak ialah alkohol dalam bentuk ethyl alchohol yang merupakan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan sering menyebabkan ketagihan dan kerosakan otak.
Pendekata, tiada bezanya arak dengan dadah dari segi bahayanya, cumanya dadah dikenali sebagai najis dan dipandang haram dalam masyarakat kita dan arak dikenali sebagai satu lambang kebanggan dan kehebatan dan diakui halal oleh pihak yang berwajib.
BBC News bertarikh 24 Mei 2001 telah melaporkan kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden Men’s health forum di UK, Dr Ian Bank, katanya :
“Statistik yang mengaitkan alkohol dengan perbuatan membunuh diri, jenayah, kemalangan, tindakan ganas serta masaalah kesihatan amat menggerunkan”
American Council For Drug Education, dalam salah sebuah bukunya yang bertajuk “Basic Facts About Drugs” menyebutkan laporan pada tahun 1996 yang menunjukkan “Jumlah kematian disebabkan arak di Amerika menjangkau 100,000 setiap tahun” .
Di UK pula menurut laporan National Institue of Alchohol Abuse pada bulan Nov 2001, mencatatkan kerosakan disebabkan kemalangan, keganasan dan jenayah yang berpunca dari arak mencecah 185 Billion Dollar Amerika.
Utusan Malaysia bertarikh 28 Jun 1995 melaporkan statistik yang menunjukkan 32% kes keganasan rumahtangga di Malaysia ini adalah disebabkan oleh arak dan alkohol. Statistik yang lebih menggerunkan lagi bila dilihat kepada sebab penceraian yang disebabkan oleh najis arak ini juga.
Jelaslah disini mengapa arak dipanggil sebagai “Umm Khabaith” yang bermaksud “ibu segala kejahatan” kerana impaknya yang buruk kepada segenap segi kehidupan…tetapi mengapa manusia masih degil lagi ?
Ini tidak lain kerana godaan syaitan dan juga perbuatan “Tazyiin” yang bermaksud mengkosmetikkan arak tersebut. Arak yang jelas – jelas merbahaya itu, malah lebih berbahaya daripada rokok dan dadah, ditonjolkan sebagai lambing kehormatan, kemuliaan, kemodenan dan kehebatan.
Tiada class kalau tidak minum arak, tidak maju kalau tidak minum arak, tidak moden kalau tidak minum arak, tidak boleh business kalau tidak entertaint client dengan arak, malah ada suara – suara sumbang yang mengatakan seseorang itu adalah ekstrim, pelampau agama, jumud , kolot, fundamentalis dan malah teroris kalau tak minum arak ataupun memandang sinis dan negative kepada arak. Dan malang lagi bila kita dapati mind set seperti ini datangnya dari orang melayu yang beragama islam.
Sesuatu perlu dilakukan. Usaha bersepadu semua pihak yang sayangkan kehidupan dan agama mereka perlu digembelengkan. Janganlah sampai apa yang berlaku di dalam keretapi di UK akan berlaku di Malaysia pula nanti...
Salam,
ReplyDeleteUstaz...boleh kongsi sedikit cara pakaian mengikut sunnah ketika solat dan kehidupan seharian...banyak versi yang sy dengar...sekadar nak tambah ilmu...Terima Kasih...JazakAllah...
Salam,
ReplyDeleteUstaz, saya pernah mendengar ceramah ustaz semasa bekerja di Shell Malaysia. Namun sekarang saya akan menyambung pengajian di Durham University. Ingin saya bertanya tentang persatuan pelajar melayu atau malaysia di Durham yg boleh saya hubungi untuk mendapatkan pertolongan pengangkutan dr Newcastle Airport ke Durham Uni. Harap ustaz dpt la bantu saya ya.
percentage_002@hotmail.com