Bolehkah menyapu stokin ketika berwudhu?
Pada posting yang lalu kita telah membicarakan tentang keharusan meyapu khuf ketika berwudhu. Jika khuf adalah stokin yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga buku lali, bagaimana pula dengan stokin yang diperbuat dari bulu dan juga kapas?, bagaimana pula dengan kasut? adakah umat Islam juga boleh menyapu stokin ataupun kasut ketika berwudhu sepertimana mereka menyapu ke atas khuf?, kita akan cuba melihat persoalan ini dari pelbagai sudut pandangan mazhab di dalam Islam.
Persoalan ini amat praktikal, memandangkan kebanyakan orang yang bermusafir di dalam musafir penerbangan tidak ramai yang berpeluang untuk memiliki ataupun memakai khuf. Memiliki dan memakai adalah satu hal, di mana hendak mendapatkannya satu isu yang lain pula. Jika seseorang itu tidak dapat mencari khuf, sekaligus tidak dapat memakainya, adakah ini bermakna beliau selamanya tidak akan dapat menikmati rukhsah menyapu khuf ini?, maknanya tidak ada ertilah artikel sebelum ini (menyapu khuf) ditulis.
Para fuqaha bersepakat bahawa harus bagi seorang muslim untuk menyapu stokin mereka sewaktu wudhu menggantikan basuhan kaki jika stokin tersebut diperbuat daripada kulit dan menutupi buku lali. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang stokin biasa yang diperbuat daripada bulu ataupun kapas. Dalam isu ini mereka terbahagi kepada dua pendapat.
Golongan pertama yang terdiri daripada Abu Hanifah dan segelintir golongan Hanafiyyah, golongan bermazhab Maliki, dan majoriti golongan bermazhab Syafi’i. Golongan ini tidak membenarkan seseorang yang memakai stokin biasa menyapu stokinnya sebagai ganti basuhan kaki ketika berwudhu. (Lihat: al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islamiyy wa Adillatuhu, Beirut: Dar al-Fikir, j. 1, h. 343).
Alasan mereka,
a) Stokin yang tidak diperbuat daripada kulit tidak dipanggil khuf. Oleh yang demikian, ianya tidak termasuk di dalam hadis yang membenarkan perbuatan menyapu ke atas khuf sebagai ganti basuhan kaki di dalam wudhu.
b) Stokin biasa tidak seperti khuf yang mempunyai ketahanan untuk dibawa berjalan dan tidak telus air. Jika ianya berlubang dan juga boleh menyerap air, maka tidak perlulah perbuatan menyapu kerana kaki telah pun basah dan serupa dengan basuhan kaki.
Pendapat mereka ini, walau bagaimanapun ditolak dengan terdapatnya riwayat yang kuat mengenai perbuatan menyapu stokin seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan juga pengamalan para sahabat dan tabi’in dengan perbuatan tersebut seperti yang akan diterangkan di dalam hujah golongan yang membenarkan perbuatan itu.
Bagi golongan yang mengharuskan menyapu di atas stokin pula terbahagi kepada dua golongan.
1) Golongan yang pertama adalah sebahagian daripada mereka yang bermazhab Syafi’i. Mereka meletakkan syarat bagi stokin yang boleh disapu itu dengan dua syarat:
i- Stokin tersebut hendaklah tebal dan boleh dibawa berjalan jauh. (Ada di antara ulama mazhab Syafi’i yang meletakkan jarak tiga batu, jika stokin tersebut terkoyak di dalam perjalanan yang kurang dari tiga baru, maka ianya tidak boleh disapu)
ii- Hendaklah ia menutupi buku lali.
Alasan mereka: Jika stokin biasa itu tebal, boleh tahan dibawa berjalan jauh, tidak tembus air jika disapu dan menutupi buku lali, maka ianya mengambil sifat khuf dan menepati hikmah menyapu khuf. Sebaliknya jika stokin itu tidak tahan dibawa berjalan dan juga tidak menutupi buku lali.
2) Golongan Hanabilah (bermazhab Hanbali) dan juga kebanyakan daripada golongan Hanafiyyah (bermazhab Hanafi). Mereka mengharuskan perbuatan menyapu di atas stokin seperti keharusan menyapu ke atas khuf. Pendapat ini juga yang dipopularkan oleh Ibnu Taymiyyah di dalam fatwanya (Ibn. Taymiyyah, Majmu’ al-Fatawaa, j. 1, h. 172 dan juga 212-215).
Dalil mereka:
i- Hadis riwayat al-Mughirah bin Syu’bah, katanya: Rasulullah S.A.W. telah berwudhu dan dan baginda menyapu khuf dan juga stokinnya. (H.R. al-Tarmidhi, Ibn. Majah, Abu Daud, Ahmad. Al-Tarmidhi mengkategorikannya sebagi hadis hassan sahih)
ii- Hadis Bilal: “Saya telah melihat Rasulullah S.A.W. menyapu kedua stokinnya dan juga serbannya”. (H.R. Ahmad, al-Tarmidhi dan al-Tabrani. Hadis ini dikategorikan sebagai hassan sahih oleh al-Tarmidhi tetapi dikategorikan dhaif oleh al-Bayhaqi (Lihat: al-Zayla’i, Nusb al-Raayah, Beirut: Dar al-Fikr, j. 1, h. 184). Walau bagaimanapun ianya disokong oleh hadis sebelum ini dan juga hujah-hujah yang lain).
iii- Terdapat sembilan orang sahabat yang mengharuskan perbuatan menyapu stokin yang tidak diperbuat daripada kulit, seperti Ali, Ammar bin Yasir, Ibnu Mas’ud, Anas, Ibn Umar, al-Barra, Bilal, Ibnu Abi Aufa dan Sahl bin Sa’ad. Ianya juga turut diamalkan oleh kebanyakan para tabi’in yang terkemuka seperti Ata’, Hassan al-Basri, Sa’id bin Musayyab, Ibnu Jubair, al-Nakha’i dan al-Thawri. (pengamalan para sahabat dan tabi’in ini telah menjadikan perbuatan menyapu di atas stokin sesuatu yang dapat diterima)
Lebih menarik lagi, Imam Abu Hanifah yang pada asalnya tidak mengharuskan perbuatan tersebut telah mengharuskannya di penghujung hayatnya.

Bagi Dr. Wahbah al-Zuhayli, seorang ulama bermazhab Syafi’i kontemporari telah memilih pendapat kedua (yang mengharuskan menyapu ke atas stokin) sebagai pendapat yang paling kuat berbanding dengan pendapat yang pertama(yang melarang). Pendapat ini jugalah yang lebih memudahkan umat Islam pada hari ini yang bermusafir di dalam kapal terbang dan juga mana-mana jenis musafir yang penuh dengan kesulitan untuk berwudhu dengan cara yang sempurna. Walau bagaimanapun perlu diingat, untuk menyapu ke atas stokin seseorang perlu mengikuti segala syarat berkaitan dengan menyapu khuf. Ini kerana kedua-dua hukum tersebut (menyapu khuf dan stokin) adalah satu hukum yang sama.
Bagi mereka yang belajar di luar negara, terutamanya di negara bukan Islam, hukum ini banyak membantu. Di sesetengah tempat, samada universiti ataupun tempat kerja, bilik solat ataupun masjid tidak disediakan. Maknanya tiada tempat khas untuk berwudhuk. Keadaan lebih parah ketika musim sejuk. Cara yang paling praktikal ialah menyapu stokin ketika berwudhuk.
Bersama Syeikh Ata Ayyash, Mafraq 2006.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRasanya istilah yang digunakan ialah 'jawrab' dan bukan 'khuf' kan ustaz? Disebabkan itu, definisi stokin itu dapat diperluaskan lagi dan alhamdulillah dapat memberi sedikit kelonggaran terutama sekali kepada umat Islam di negara 4 musim dan yang selalu travel.
ReplyDeleteSalam ustaz
ReplyDeleteStokin kita memijak tempat yg basah ketika mengambil wudhu', masih dikirakah khuf stokin tu? Jzkk
UNTUK RUJUKAN SENDIRI DAN UNTUK UMUM YANG BOLEH MEMBACA ARTICLE INI. TERIMA KASIH.
ReplyDeleteAs salam. Bagaimana dgn kasut. Bolehkah menyapu di atas kasut yg diperbuat drpd kain.

ReplyDeleteTerima kasih 🌸
ReplyDeleteDi Jepun misalnya, hanya tandas kering sahaja. Berwuduk di sinki, kalau nak basuh kaki atas sinki merbahaya dan menjadi tempat itu basah teruk dan tak beradap angkat kaki basuh di sinki. Sapu di stokin lebih sesuai.
ReplyDelete