Mencari penghibur Islam milenium baru
Bagi sesiapa yang bermukim di German, mungkin mereka berpeluang untuk melihat rancangan hiburan gila-gila Wetten Dass yang telah dihadiri oleh Yusuf Islam. Mungkin juga sekarang in rancangan tersebut boleh diakses di Youtube. Bukan rancangan itu yang menjadi fokusnya, tetapi Yusuf Islam yang telah menjadi tetamu mereka yang menarik perhatian. Mungkin agak ironik bagaimana seorang pendakwah seperti Yusuf boleh menghadirkan diri ke program hiburan gila-gila yang diminati ramai tersebut.
Bagi sesiapa yang bermukim di German, mungkin mereka berpeluang untuk melihat rancangan hiburan gila-gila Wetten Dass yang telah dihadiri oleh Yusuf Islam. Mungkin juga sekarang in rancangan tersebut boleh diakses di Youtube. Bukan rancangan itu yang menjadi fokusnya, tetapi Yusuf Islam yang telah menjadi tetamu mereka yang menarik perhatian. Mungkin agak ironik bagaimana seorang pendakwah seperti Yusuf boleh menghadirkan diri ke program hiburan gila-gila yang diminati ramai tersebut.
Seperkara yang perlu diambil iktibar dari Yusuf ialah ketrampilannya yang begitu profesional. Beliau yang telah diundang untuk mempromosikan album pop barunya yang bertajuk “An Other Cup” telah berjaya mencuri hati para penonton. Bukan sekadar beliau berjaya menarik hati mereka dengan ketrampilan “cool” beliau, malah juga dengan sikap “sporting” tetapi berprinsip. Soalan-soalan yang agak sensitif yang ditujukan kepadanya telah berjaya dijawab dengan begitu spontan yang meyakinkan. Walaupun jawapannya di dalam bahasa Inggeris itu diterjemahkan ke bahasa Jerman, namun para penonton begitu tertarik dengan cara beliau berkomunikasi.
Apa yang istimewanya?, Jika diamati inilah perbezaan Yusuf dengan kebanyakan artis-artis tempatan kita yang beragama Islam, malah tidak keteralaluan hatta dengan artis-artis nasyid sendiri. Yusuf tidaklah terlalu “galak”, ataupun terlalu “Islamik” dengan membawa istilah-istilah ataupun ungkapan-ungkapan yang terlalu “bersemangat”, malah dia juga tidaklah tersipu-sipu tidak kena tempat. Mungkin pengalaman beliau hidup di dalam dua alam telah banyak mematangkan dirinya.
Hal ini mengingatkan penulis kepada komen seorang anak murid saya ketika kami berbincang mengenai mesej Islam yang cuba dibawa melalui medium hiburan. Sebagai generasi MTV yang tidak dibesarkan di sekolah agama ataupun suasana Islamik, beliau mempunyai kelainan dari spesis yang telah disebutkan. Sebelum kemasukan beliau ke UIAM, seliau hidup sebagai seorang remaja “hip-hop” yang serba “coooool”. Pendedahan mengenai Islam di UIAM telah menjadikan beliau banyak menegnal belajar mengenai Islam. Cuma beliau begitu tertekan dengan dua budaya ekstrim yang wujud di UIAM. Budaya pertama adalah budaya “Hollywood wannabe” kebanyakan siswa-siswa di UIAM sepertimana di IPTA-IPTA lain (mungkin lebih teruk berbanding di UIAM), dan budaya kedua adalah budaya golongan “agama” ataupun yang beliau namakan sebagai “Mat Surau United” atau “Minah Tudung Labuh”.
Sebagai seorang remaja yang membesar di dalam keluarga berada dan bermediumkan bahasa Inggeris di rumah, beliau menemukan Islam yang “sebenar” (menurut istilahnya) melalui internet. Bahan bacaan beliau mengenai Islam pun kebanyakannya di dalam Bahasa Inggeris. Beliau bukanlah warak sangat sehingga terlalu rigid dan radikal, tetapi beliau seorang yang menjaga syariat dan begitu bersemangat untuk melakukan kerja-kerja dakwah untuk Islam. Sehingga kini hanya program-program anjuran IIS (Islamic Information Service), Khalifah Institute dan MPF (Muslim Profesionals Forum) sahaja yang beliau minati. Sebab utamanya ialah faktor bahasa.
Ketika berkongsi pandangan dengan penulis mengenai industri nasyid tanah air, beliau melontarkan pandangan yang amat kritis. Beliau melihat bahawa para penasyid tanahair hanya berjaya menarik minat sekelompok manusia seperti mereka sahaja. Kebanyakan audien nasyid pula adalah dari kalangan pelajar-pelajar sekolah agama ataupun mamat-mamat kopiah dan minah-minah jubah dan baju kurung. Sebab utamanya ialah mereka tidak menyediakan lagu-lagu yang berbentuk universal. Mengenai artis-artis pop dan rock selain nasyid pula, beliau melihat mereka sebagai “manusia-manusia yang tidak beridentiti yang sedang mengejar glamor”.
Beliau amat kagum dengan Yusuf Islam yang boleh menjaga identiti keIslamannya walaupun ketika ini sedang menyanyikan lagu-lagu pop kembali. Sami Yusuf juga adalah di antara keminatan beliau. Cumanya “respek” beliau lebih kepada Yusuf Islam yang mempunyai audiens yang lebih ramai dan dari pelbagai lapisan masyarakat. Ketrampilan baru Yusuf begitu bersahaja tetapi tampak personaliti yang tidak dibuat-buat dan jelas dapat dirasakan keikhlasannya. Yusuf juga tidak menjadikan imej penghiburnya menenggelamkan imej pendakwah an duta Islam ke dunia barat beliau.
Sepertimana kemunculan beliau di rancangan Wetter Dass, begitu jugalah kemunculan beliau di Afrika Selatan lewat konsert 46664 bersama Peter Gabriel. Ketrampilan yang sama jugalah beliau muncul bersama Ronan Keating di dalam lagu Father and Son. Begitu jugalah beliau ketika muncul di mana-mana rancangan di peringkat antarabangsa.
Yusuf juga dikenali dengan amal-amal kebajikan dan kemanusiaan beliau. Beliau juga telah berjaya mempromosikan imej beliau sebagai duta kemanan dan penghubung di antara barat dengan Islam. Tidak hairanlah beliau pernah dijemput untuk menjayakan konsert memperingati Spetember 11 di kota New York tidak lama dahulu. Apa yang pasti, kesemua prestij tersebut tidak pernah menjadikan beliau lupa diri, ter”over” ataupun menjadi seperti artis-artis bukan Islam yang tidak berakhlak.
Hal imej dan ketrampilan yang bermisi inilah yang agak hilang dari para artis kita. Mungkin telah sampai masanya untuk para penasyid untuk memulakannya dahulu. Biaralah mereka menjadi golongan yang menampilkan imej kerja-kerja kemanusiaan dan juga penghubung di antara Islam dengan bukan Islam. Ketrampilan, imej, identiti, dan yang penting ialah keikhlasan. Mungkin mengharapkan para artis yang baru melonjak naik untuk membawa mesej dan ikhlas adalah ibarat mengharapkan kucing bertanduk, tetapi ianya boleh diusahakan oleh para penasyid, terutamanya di kalangan golongan muda yang baru menempah nama.
Mungkin di Malaysia ini para peminat muzik masih lagi ternanti-nantikan kemunculan artis muslim ataupun penasyid seperti Yusuf Islam. Berbahasa Inggeris, membawa mesej universal, beridentiti, berimejkan Muslim moden yang sederhana tetapi bertaqwa. Mungkin sudah sampai masanya golongan Islamis milenium baru seperti anak murid penulis untuk muncul membawa “tajdid” seperti ini. Bukan untuk diri mereka, tetapi untuk Islam yang membawa risalah “Rahmatan Lil ‘Alamin”...
No comments:
Post a Comment