Monday, 5 December 2011

Festival Keluarga “Twins of Faith” 2011


Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh

Diharap saudara dan saudari dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Sukacita saya memaklumkan, Mercy Mission Malaysia akan menganjurkan Festival Keluarga “Twins of Faith” 2011, sebuah festival antarabangsa yang diadakan pada 24-25 Disember 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Acara selama dua hari ini berasaskan konsep Ilmu and Amal dan akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ia bakal menampilkan penceramah-penceramah tempatan dan juga dari serata dunia seperti Sheikh Tawfique Chowdhury, Dr. Bilal Philips, Sheikh Hussain Yee, Dr. Zaharuddin Abd Rahman,  dan lain-lain termasuk saya sendiri. Turut mengambil bahagian, penceramah wanita seperti Assoc. Prof. Dr. Harlina Siraj dan Wardina Safiyyah. Aktiviti lain termasuklah Mothers’ Room, Kids PlayZone, Marriage Corner, hiburan berlandaskan syariat Islam, seminar, bazar, ruang pameran dan sebagainya. Antara tarikan lain acara ini adalah Muadz Dzulkefly dan Angkasawan Negara, Dr. Faiz Khaaled yang akan membuat penampilan istimewa.

Acara ini adalah acara yang pertama kali seumpamanya dianjurkan dan ia satu peluang untuk kita mengukuhkan ukhwah di kalangan umat Islam. Acara ini dijangka akan menarik 3,000 hingga 4,000 pengunjung dan akan mendapat perhatian antarabangsa melalui cawangan-cawangan Mercy Mission di serata dunia. Motto mereka “Helping People To Help Others” menjadi penggerak supaya sentiasa berusaha demi melaksanakan lebih banyak usaha bagi memajukan orang Islam. Ini adalah link kepada konferen yang sama yang  dianjurkan di UK baru-baru ini https://plus.google.com/photos/110029896867524980859/albums/5677551106616753041

Tiket  bagi festival di Malaysia boleh diperoleh secara online. Untuk menempah tempat dan maklumat selanjutnya, sila layariwww.twinsoffaith.com  

Mercy Mission adalah organisasi Muslim antarabangsa (bukan kerajaan) yang beroperasi di tujuh negara serata dunia termasuk Australia, United Kingdom, Kanada, Afrika Selatan, India, Bangladesh dan kini Malaysia. Antara projek-projek MM adalah Al Kauthar Institute, Mercy Mission TV, New Muslim Shelter, Teledoctors, Zam Zam Water Conservation Project dan OrphanCare.

Harapan saya adalah agar semua umat Islam tidak kira umur dan darjat dapat memberi sokongan penuh terhadap usaha ini. Semoga mendapat keberkatan dari Allah SWT. Khayr, Insha Allah.

Jazakumullah khayran

No comments:

Post a Comment