Transparensi atau ketelusan amat penitng di dalam tadbirurus (governance). Beriktu adalah di dantara contoh pengamalan ketelusan yang patut dicontohi oleh pemimpin politik yang lain:
http://www.parti-sosialis.org/posts/685/psm-politicians-bare-it-all/
Saya bukanlah penyokong parti Sosialis, apatah lagi mendokong fahaman tersebut, tetapi pengamalan ketelusan seperti ini adalah perlu. Bukanlah jumlah harta yang menjadi perbincangan, kerana mungkin sahaja ramai yang menceburkan diri ke dalam politik setelah mempunyai kekayaan dan harta yang banyak. Isu pokoknya ialah, sejauhmana kekayaan yang dimiliki itu berbeza pada tahun pertama menjadi YB dan pada penghujung tahun penggal sebagai YB...dan biarlah rakyat yang menilainya.
Di UK, adalah menjadi kebiasaan bagi para ahli parlimen unutk mengisytiharkan harta mereka lewat blog-blog yang dimiliki. Bila agaknya ADUN-ADUN lain dan juga MP-MP lain di Malaysia akan mengikuti jejak langkah golongan PSM ini?
No comments:
Post a Comment