Mat Sabu dan Tarb
Muhammad Sabu bukan nama yang asing di kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira dari parti mana, ataupun agama apa dan bangsa mana sekalipun, kebanyakan rakyat Malaysia samada pernah mendengar ataupun telah pun mengenali Muhammad Satu atau nama glamornya Mat Sabu (Jangan terkeliru dgn Isa Sabu MB Perlis).
Sekitara tahun 2008, ketika diwawancara oleh malaysiakini, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang amat menarik, iaitu para ulama muda pelapis PAS sedang menghadapi krisis. Alasan beliau kerana para ulama muda tersebut kebanyakannya hanya menguasai ilmu agama dan tidak menguasai ilmu moden yang diperlukan, terutamanya sains politik.
Biarlah isu ulama muda PAS dibicarakan oleh pemimpin PAS. Tidak cocok bagi orang di luar PAS membicarakannya, lebih-lebih lagi norma 'Wala' dan 'Bara' yang dianuti oleh kebanyakan pendokong gerakan politik Islam tidak akan membenarkan 'self criticism' dan juga 'akauntabilit' dari pihak luar. Apa yang menarik mengenai keluhan Mat Sabu mengenai kelemahan ini tidak dibiarkan tergantung, tetapi beliau telah mengemukakan alternatifnya.
Pada hujah awal beliau, contoh ulama seperti Burhanudin al-Helmi dan Prof Zulkifli telah dijadikan ikon yang sepatutnya dicontohi oleh generasi ulama muda. Kemudiannya beliau telah cuba mengemukakan contoh dari luar, iaitu para ulama Iran dan juga ulama Syiah Hizbollah di Lubnan. Ramai yang terus pergi kepada konklusi dengan mengatakan bahawa Mat Sabu adalah pengkagum (atau pengikut) Syiah, maka tidak hairanlah beliau sering menyanjungi para ulama Syiah.
Melihat secara objektif, kita sepatutnya cuba bersikap adil. Walau apapun latar belakang Mat Sabu, namun cadangannya itu perlu ditimbang dengan neraca empirikal. Cukuplah Surah al-Maidah (5: ayat 8) menjadi panduan kita di dalam menempuhi hidup ini dan di dalam membuat pertimbangan.
Tidak dinafikan pendidikan di sesetengah Hawzah amat menitik beratkan persoalan falsafah, cara berfikir dan juga sikap kritis. Tolak ke tepi aqidah anutan mereka yang dikategorikan sesat dan malah kafir oleh kebanyakan ulama Ahl Sunnah, namun aspek yang baik dari pendidikan mereka perlu dilihat dan dijadikan bahan kajian. Sememangnya di dalam mengharungi dunia pasca modernisme, para ulama Islam memerlukan kepakaran bukan hanya di dalam bidang teknikal, tetapi juga di dalam bidang sains kemanusiaan yang menjadi tunjang penhasilan ilmu. Tanpa penguasaan terhadap sains kemanusiaan dan falsafah, umat Islam hanya akan menjadi konsumer kepada tamadun barat, walaupun mungkin menjadi pencipta kepada teknologi.
Hal ini mengingatkan saya kepada perbincangan tentang pengharaman muzik di kalangan ulama Syiah pasca revolusi Iran. Seperti kebanyakan ulama Islam arus utama (Sunni), ulama Syiah juga pada asalnya mengharamkan alat-alat muzik. Namun selepas revolusi, apabila negara Iran memerlukan kepada lagu kebangsaan, mereka terpaksa merujuk kepada Marja' untuk menyelesaikannya. Maka pada waktu itu, 'illah kepada pengharaman muzik telah dibincangkan.
Tidak seperti para ulama Sunni yang menjadikan zat alat muzik itu sebagai haram (kecuali Ibn Hazm, al-Ghazali dan para ulama tabi'in di kalangan ahli Hijaz) dan juga muzik itu sendiri sebagai 'illah pengharaman, ulama Syiah menjadikan 'tarb' sebagai alasan utamanya. 'Tarb' diertikan sebagai satu perasaan di dalam jiwa yang menghasilkan perasaan khayalan dan kekhusyukan. Maka kebanyakan muzik menghasilkan 'tarb', maka ianya haram.
Khomeini pula akhirnya telah menghalalkan muzik di atas alasan bahawa 'tarb' tidak semuanya berdosa. Jika 'tarb' dapat menghasilkan semangat dan juga perasaan dekat dengan Allah, maka ianya halal. Maka selepas itu mereka pun menghalalkan muzik yang boleh membawa kepada kebaikan...
Sudah tentu perbincangan para Rahabar tidak semudah ini. Tetapi apa yang ingin dibawa di sini ialah sikap para ulama Syiah terhadap ijtihad. Sikap bersedia untuk menilai semula ijtihad-ijtihad lama dengan melihat kepada konteks dan juga kepada 'illah merupakan satu keperluan di dalam menyikapi hukum-hakam di dalam Islam. Sikap taklid dan menerima secara pukal apa yang klasikal tanpa melihat kepada konsep, konteks dan juga Maqasid kepada sesuatu hukum tidak akan membawa umat Islam kepada peneraju tamadun kemanusiaan. Gagasan Fiqh Malaysia Prof Mahmood Zuhdi telah lama menyentuh hal ini.
Apa kaitanya pula dengan sains kemanusiaan?
Sudah tentu aspek psikologi, politik, sosiologi dan juga mempunyai peranan yang agak besar di dalam menyikapi persoalan ini. Di dalam menyikapi isu tadbirurus (governance) yang berkesan (good governance), alat-alat tersebut amat diperlukan di dalam menyelidiki epistemologi Islam berkaitan subjek tersebut. Mencedok kajian-kajian lama secara literal untuk diadaptasikan di dalam kerangka dunia kontemporari sudah tentu hanya menjadikan Islam di dalam bentuk yang janggal. Ijtihad-ijtihad yang lama perlu difahami secara holistik dan difahami titik tolak ianya dihasilkan. Berpandukan kefahaman tersebut, maka metod para ulama silam diadaptasikan untuk penghasilan ijtihad yang baru.
Bak kata al-Juwayni sewaktu mengkritik al-Mawardi, bahawa ruang untuk bidang politik terbuka secra luasnya untuk ijtihad, dan tidak banyak nas yang putus (qat'iyy) berhubung dengannya. Di atas dasar inilah juga Ghannoushi melontarkan ide 'Faraghaat' beliau...
Jika demikian di dalam bidang politik, di dalam bidang ekonomi dan kewangan lebih-lebih lagi.
Bagaimana pula di dalam bidang tadbir urus (governance)?
Nantikan 'Virtuous Governance'!

Mat Sabu yang kita kenali adalah orang yang pernah ditangkap khalwat, celupar dalam percakapannya, rasanyanya beliau kena pelajari lagi ilmu dakwah.
ReplyDeletesalam ustaz,
ReplyDeletepoint yang saya nampak:
1)Mat Sabu adalah individu yang mmg hendak mengajak masyarakt melihat cara fikir ulama' syiah, bukan kerana beliau seorang pengkagum(pengikut) syiah. betul ke ustaz?
2)perlu semakan semula kepada hukum yg tidak qat'iyy dan perlu diubah mengikut kesuaian zaman. (cth yang ustaz berikan ketika perlu ada lagu kebangsaan di Iran)
betul ke ustaz?
WA