Wednesday 11 February 2009

Selamat Datang Toby


Selamat Datang Toby!

11 Februari 2009 merupakan hari bersejarah kepada penuntut subjek 'Intro to Islam' saya, Toby Elsegood. Beliau telah mengangkat Syahadah menjadi seorang Muslim di masjid Universiti Durham.

Disaksikan oleh empat warga Muslim Durham beliau secara rasminya telah menjadi Muslim dan menjadi anggota masyarakat Muslim di bumi Durham. Sejarah terukir di bumi ini...

Seperti yang telah dinasihatkan oleh Ibrahim Hewitt, pengerusi Interpal UK, suruhlah dia mandi, dan ajarkan cara bersolat dahulu, yang lain akan datang kemudian.

Semenjak hari pertama beliau mengikuti kelas tutorial Introduction to Islam, beliau telah menampakkan kecenderungan untuk menjadi seorang Muslim. Beliau telah megikuti kelas belajar Bahasa Arab di salah sebuah masjid di Manchester. Beliau juga mempunyai ramai kawan Muslim di tempat kediamannya.

Kini beliau telah menjadi Muslim setelah mengkaji, membaca dan berada di dalam pencarian...

Selamat Datang Toby!


Maszlee
* Beliau bernasib baik kerana tidak perlu melalui proses birokrasi jabatan agama, dan tidak perlu membuang nama bapanya seterusnya menjadi anak kepada Abdullah yang tidak diketahui identitinya seperti sahabat2 kita yang lain...di bumi Malaysia.

6 comments:

  1. salam.

    ustaz, mandi tu sunnah ke bg reverts?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Semoga banyak lagi yang terkesan dengan pendidikan ustaz itu.

    ReplyDelete
  3. "Beliau bernasib baik kerana tidak perlu melalui proses birokrasi jabatan agama, dan tidak perlu membuang nama bapanya seterusnya menjadi anak kepada Abdullah yang tidak diketahui identitinya seperti sahabat2 kita yang lain...di bumi Malaysia."

    Kalaulah 'orang-orang alim' di Malaysia baca kenyataan ini, pastinya Ustaz akan dituduh sebagai Kaum Muda, Wahhabi, Geng Dr MAZA, Geng yang Mengkafirkan Ulama...

    Komen saya: Alhamdulillah kerana kita punya saudara yang baru...

    ReplyDelete
  4. P/S: Saya bukan nak menuduh Ustaz. Saya lebih teruk daripada itu. Saya hanya membina laman web untuk sebuah aktiviti tetap Persatuan Pelajar-pelajar Islam sekolah, dah lepas tu saya dapat komen, mengatakan saya Wahhabi, Ustaz Internet... sedangkan saya belum lagi sebarkan apa-apa fahaman yang mereka kata fahaman Wahhabi (di sekolah saya pun tak diajar benda tu).... tak ke zalim namanya tu? Tak ke aniaya namanya tu?

    Dah la tu, dengan selamba tetapi sinis mereka kata saya ada brain damage kerana bersekolah di sekolah yang dahulunya sekolah mubaligh Kristian (sekarang menjadi SMK). Patut tak, Ustaz?

    ReplyDelete
  5. itulah cabaran dalam berdakwah namanya. Nabi kena tuduh gila, kena rasuk, kena sihir, pemecah belah masyarakat...

    Adik, banyak benda yang adik kena belajar lagi, dan jangan mudah patah semangat!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... smg berterusan usaha dakwah ustaz di sana...

    Mmg pening jugak karenah birokrasi di Malaysia.... Yg mudah boleh jd ssh, yg cepat boleh jd lambat...

    Smg Allah permudahkan urusan kita...ameen...

    ReplyDelete