Monday 23 February 2009

Positivisme


Positivism

Sebelum anda membaca, anda perlu tahu bahawa 'positivism' tiada kena mengena dengan positive thinking. Salah seorang rakan saya yang begitu ghairah mempertahankan ide 'positive thinking' pernah bertungkus lumus cuba menafikan segala perbincangan kami mengenai positivism...jangan lakuakannya di sini, anda akan malu sendiri sahaja.

Positivism sebagai salah satu metod untuk menyikapi ilmu sains sosial merupakan di antara buah hasil zaman pencerahan Eropah. Comte telah dikenal pasti sebagai pelopor ide positivism melalui pengenalan beliau terhadap istilah 'positivist philosophy'. Melalui metod positivism, beliau sepertimana sarjanawan pasca Enlightenment telah berusaha menolak metafizik keagamaan, nilai subjektif dan hanya menerima ilmu yang terbina di atas kajian empirikal semata-mata.

Zaman kebangkitan Eropah pula telah menyaksikan beberapa tokoh pemikir barat yang lain munculmeneruskan aspirasi Comte. Antara mereka ialah Durkheim yang popular dengan metod induksinya; J.S. Mill yang telah mempopularkan teori Utilitarianisme, dan juga Herbet Spencer yang telah menerbitkan ide 'Survival of the Fittest' iaitu cedukan ide Evolusi Darwin untuk dijadikan sandaran kepada sains sosial (Social Darwinism).

Positivism menekankan konsep sains sosial bebas nilai. Menurut mereka falsafah politik, ekonomidan sosiologi hendaklah berteraskan nilai neutral dan tidak terkait atau dicorakkan oleh realiti subjektif yang dihasilkan oleh budaya ataupun kepercayaan keagamaan. Pendokong falsafah ini cuba meletakkan sains sosial setaraf dengan sains tulen dengan tanggapan bahawa setiap fenomena sains sosial boleh difahami dengan ukuran empirikal melalui konsep sebab-musababnya.

Falsafah positivisme in walau bagaimanapun tidak sunyi dari kritikan. Leo Strauss merupakan di antara mereka yang lantang mengkritik metod falsafah ini. Golongan cultural relativism juga agak ketara di dalam melancarkan kritikan terhadap positivism. Begitu juga dengan golongan Post Structuralist dan Post-Modernist. Di pihak sarjanawan Islam, sudah tentunya pendekatan golongan positivist ini tidak selari dengan ruh Islam itu sendiri. Umer Chapra ketika membicarakan isu ekonomi Islam lewat bukunya 'The Future of Economy' telah membicarakan isu ini dan telah menegaskan perbezaan ketara di antara nuansa ekonomi Islam berbanding eknomi konvensional di antaranya ialah berhubung falsafah positivisme yang menjadi tonggak ideologi ekonomi konvensional (samada klasik (kapitalisme) mahupun sosialisme).

Di waktu ini saya sedang mempersiapkan kertas ucapan berkaitan pelarian Palestin di Lubnan dan juga hak mereka untuk pulang ke bumi Palestin berdasarkan resolusi PBB 194. Kertas tersebut akan dibentangkan kepada beebapa ahli parlimen Eu dan pegawai-pegawai berkaitan di parlimen EU di Brussels, Belgium. Apa yang menarik perhatian saya ialah keengganan Israel untuk menerima resolusi tersebut hanyalah berteraskan alasan yang bodoh dan tidak masuk akal, jauh sekali bernilai empirikal. Mereka mendakwa bahawa kepulangan rakyat Palestin ke bumi kelahiran mereka hanya akan melenyapkan identiti Yahudi pada negara Israel. Malangnya alasan tersebut telah menjadi batu penghalang untuk perlaksanaan resolusi 194. Alasan bodoh ini jugalah yang menjadikan AS dan juga EU sentiasa berhati-hati di dalam membicarakan isu resolusi 194 dan hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka.

Agak lucu, tatkala di bumi barat isu 'racism' dan juga 'facism' adalah taboo, di Israel ianya menjadi halal. Malah mitos 'tanah yang dijanjikan Tuhan' oleh kaum Zionis juga bagaikan diterima untuk menjadi justifikasi terhadap penjajahan dan penyembelihan rakyat Palestin. Ke manakah hilangnya positivist dan falsafah mereka?

1 comment:

  1. Sekadar untuk berkongsi ttg positivism dari sisi perundangan. Menurut ahli positivist, undang-undang ialah command of sovereign. Jadi apa apa jua undang-undang yang dibuat oleh pemerintah walaupun zalim, ia tetap undang-undang dan rakyat hendaklah patuh (bound) kpd undang-undang tersebut. Ini berbeza dgn pandangan Naturalist, yang berpendapat bahawa law is the command of god and any law contrary to the god law and faculty of reason is a not a law.

    Contohnya ISA. Jika kita mengambil takrif positivist, maka ISA ialah satu undang-undang yang wajib untuk di patuhi oleh rakyat. Tapi kalau kita tinjau dari sisi naturalist, ia bukan satu undang-undang.

    Titik akhir kepada perbahasan ini ialah soalan DOES LAW REFLECT MORALITY?

    ReplyDelete