Gramsci dan Syed Qutb
Indahnya dunia ini kerana ia berwarna warni. Kepelbagaian dan perbezaan merupakan antara perencah keceriaan dunia. Amat malang bagi mereka yang ingin memaksakan dua warna sahaja kepada dunia, hitam dan putih.
Pencipta alam yang indah ini juga telah mencampakkan sedikit ilmuNya kepada makhluk dari spesis homo-sapien untuk memahami hikmah penciptaanNya. Maka sepanjang zaman krisis dan konflik yang tercetus di dalam sejarah manusia pasti akan ada penawarnya. Ini bukanlah pemaksaan terhadap ide Hegelian (Thesis-Anti-Thesis-Sintesis), tetapi inilah hakikat sunnah alam. Tidak kiralah samada ianya kerana Zeitgeist, dialectic materialism, survival of the fittest atau apa-apa pun tafsiran terhadap sejarah, itulah yang sering berlaku. Jarang sekali di dalam sejarah berlaku konflik tanpa ada dua watak, antagonis dan protagonis...
Bertitik tolak dari mukadimah ini, dua tokoh yang merupakan anti-thesis kepada konflik di zamannya wajar kita jadikan tajuk bicara blog yang amat muram dan sugul ini. Antonio Gramsci (mati. 1937), tokoh Sosialis dari Itali zaman 30'an, dan juga Syed Qutb, (mati. 1966) tokoh gerakan Islam tahun 60'an yang namanya tetap menjadi sebutan sehingga kini. Gramsci mungkin tidak sehebat Qutb jika diukur kepada kesan ide yang dibawanya. Qutb telah mencetuskan fenomena di serata dunia...Gramsci belum lagi dapat diiktiraf sehebat Qutb.
Walau apapun, terdapat beberapa persamaan di antara Qutb dan Gramsci. Thomas Butko dari Universiti Alberta pernah cuba melihat persamaan ini. Cuma sahaja beliau bersikap agak generalisasi dengan menjadikan ide Gramsci sebagai topologi untuk memahami idealisme gerakan Islam dari ide-ide Hassan al-Banna, Qutb, Maududi dan Khomeini. Terlalu luas bukan?
Saya tidak bersetuju dengan artikel Butko yang pernah diterbitkan oleh British Journal of Middle East pada bulan Mei 2004 itu. Saya lebih bersetuju jika beliau bersikap lebih fokus dengan membandingkan atau melihat persamaan di antara Gramsci dan Syed Qutb. Kajian deskriptif dan analitikal terhadap isu tersebut mungkin akan lebih terfokus.
Kedua-duanya pernah dipenjarakan di zaman pemerintahan diktator. Gramsci di zaman Facisme, Qutb di zaman Sosialisme Nasirisme. Kedua-duanya telah menghasilkan tulisan-tulisan yang hebat di dalam penjara. Gramsci dengan Prison Notebooks beliau, manakala Qutb pula dengan Ma'alim fi al-Tariq dan Fi Zilal al-Qurannya. Kedua-duanya menganalisis masalah dunia dan menawarkan solusinya. Kedua-duanya merupakan ketua editor majalah kumpulan yang mereka kepalai atau sertai. Gramsci menjadi ketua editor majalah L Unita untuk Parti Komunis Itali (PCI), manakala Qutb menjadi ketua pengarang majalah mingguan al-Ikhwan al-Muslimun (IM). Kedua-duanya telah ditangkap oleh polis rahsia pemerintah, dan Kedua-duanya telah menemui ajal di dalam penjara. Menarik bukan?
Ada yang lebih menarik lagi.
Cuba bandingkan ide 'Hegemony' oleh Gramsci dengan ide 'Jahiliyyah' oeh Syed Qutb. Bandingkan juga ide civil society Gramsci, dan mujtama' Islami Qutb. Bandingkan juga ide 'Historical Bloc' Gramsci dengan 'Qaedah Sulbah' Qutb. Bandingkan juga ide 'War of Movement' Gramsci dengan ide 'Manhaj Taghyir' Qutb di dalam Ma'alim.
Kedua-duanya memang berbeza, adalah keterlaluan untuk mengatakan kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi pemikiran dan fikrah, Manakan mungkin si Atheist Gramsci hendak disamakan dengan Syed Qutb yang berpegang kuat dengan ajaran Islam. Apa yang menjadi tumpuan ialah dari segi persamaan cara berfikir dan metod perubahan yang diutarakan. Mengatakan Syed Qutb terpengaruh dengan Gramsci adalah mustahil, kerana Qutb telah lama meninggalkan alam pemikiran Sosialis selepas beliau menyertai Ikhwan dan tidak pernah mengutarakan ide-ide ala-Gramsci di zaman Sosialisnya. Beliau hanya mencetuskan ide-ide radikal tersebut setelah menjalani kehidupan di dalam kesunyian sel penjara.
Apakah mungkin suasana di dalam penjara mempunyai kesannya yang tersendiri. Jika diteliti banyak sekali karya-karya yang mencetuskan perubahan telah dihasilkan di dalam penjara. Sekadar menamakan al-Furqan karya Ibn Taimiyyah dihasilkan di dalam penjara, Fiqh al-Zakat karya al-Qaradawi juga dihasilkan di dalam penjara, Tafsir al-Azhar HAMKA juga dihasilkan di dalam penjara...dan banyak lagi karya-karya dari sel penjara yang menjadi panduan ramai.
Kajian deduktif untuk penghasilan teori ternyata lebih banyak memberikan kesan terhadap acara sejarah di dalam lembaran kehidupan manusia. Ternyata kajian induktif dan empirikal bukanlah satu-satunya cara penghasilan ilmu. Satu tamparan buat para empiricist yang mengikuti madrasah Bentham, Mill dan yang sewaktu dengan mereka.
Apakah pula hasil karya di dalam penjara di Malaysia yang bakal membawa angin perubahan di tanah air?
Bagaimana dengan Suara dari Kamunting?

No comments:
Post a Comment