Tuesday 6 January 2009

Tutup Sekolah Demi Solidariti


Tutup Sekolah Demi Solidariti

6 Januari 2008 telah menyaksikan wajah sebenar rejim Zionis. Jika sebelum ini mereka menipu warga dunia dengan mengatakan bahawa serangan mereka ke atas Gaza mensasarkan HAMAS, namun 6 Januari menyerlahkan penipuan tersebut.

Sekolah al-Fakhoura di kem pelarian Jabaliyya dan juga dua buah sekolah yang lain di bawah pentadbiran UNRWA telah menjadi sasaran terkini mereka. Seramai 40 telah terkorban Sekolah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung rakyat awam kini tiada nilainya di mata para pengganas Zionis.

al-Hadi Shaluf, anggota Mahkamah Jenayah Antarabagsa ketika diwawancara oleh stesyen TV al-Jazeera mengatakan bahawa apa yang berlaku merupakan jenayah perang dan rejim Zionis tidak langsung menghormati apa-apa undang-undang di dunia ini. Beliau juga turut menamakan rejim Mubarak di Mesir sebagai rakan penjenayah Zionis!

Sebagai tanda protes kepada jenayah ke atas sekolah, maka sewajarnya sekolah-sekolah di Malaysia mengisytiharkan cuti umum pada 11 Januari 2008 demi menunjukkan protes terhadap jenayah Zionis. Jika Menteri Pelajaran tidak cukup jantan untuk mengisytiharkan solidariti tersebut, maka selayaknya sekolah-sekolah agama swasta dan rakyat memulakannya.

Isytiharkan di seluruh sekolah-sekolah Malaysia solidariti mereka kepada kanak-kanak sekolah di Fakhourah yang menjadi mangsa keganasan para pengganas Zionis sebagai salah satu cara mendidik rakyat kita agar bersikap peka dan berperi kemanusiaan.

Mungkin Gabungan NGO2 di Malaysia yang menentang peperangan ini boleh mengutuskan surat rasmi kepada Menteri-Menteri pelajaran kepada negara-negara dunia melalui kedutaan-kedutaan mereka yang wujud di Malaysia.

No comments:

Post a Comment