Wednesday, 7 January 2009

Gunakan Facebook dan emel berantai


Gunakan Face book dan emel berantai

Berderma sudah, berdoa sudah, berqunut nazilah sudah, berdemo sudah...apa lagi yang kami mampu buat?

Keluhan salah seorang siswa mengenai tugas yang boleh dilakukan untuk membantu saudara seakidah di Gaza.

Di dunia globalisasi dan dunia virtual tanpa sempadan ini, banyak yang boleh dilakukan. Maklumat tidak bersempadan membolehkan maklumat sampai ke mana sahaj, kepada sesiapa sahaja tanpa halangan.

Melihat laporan al-Jazeera english mengenai laporan berat sebelah media di AS dan juga kejahilan rakyatnya mengenai apa yang berlaku di Gaza amat menyakitkan hati. Apakah yang boleh kita lakukan sebagai rakyat marhaen?

Gunakan facebook yang boleh menghbungkan kita dengan ramai manusia, terutamanya bagi yang mempunyai akses kepada rakan-rakan di dunia barat untuk mendpatkan imej-imej sebenar di Gaza.

Hati manusia yang normal akan tersentuh melihat gambar kanak-kanak dan sekolah yang diserang. Sogokkan gambar-gambar dan juga maklumat yang sebenar, terutamanya artikel-artikel dari para penulis barat yang simpati kepada isu Palestin seperti robert Fisk dan lain-lain akan boleh membantu.

Gunakan emel berantai, dan foward kan kepada sesiapa sahaj di dunia barat gambar-gambar dan juga artikel-artikel tersebut. Ucapan-ucapan George Galloway, Azzam Tamimi dan Tony Ben di You Tube merupakan alat lain yang boleh membantu. JAngan jemu untuk meneroka blog-blog di barat yang sering dikunjungi ramai, terutamanya dari kalangan anak muda untuk disogokkan dengan imej-imej menyedihkan di Gaza.

Mungkin golongan seni di Malaysia boleh mencontohi golongan seni di Maghrib yang melakukan tempoh berkabung dan usaha mempamerkan kemarahan melalui ruang kesenian....

Mawi dan Jaqui yang mempunyai peminat yang ramai boleh berperanan di dalam hal ini...mungkin Xifu Nasir algebra perlu mendekati mereka untuk berkempen mengenai isu ini.

Sekali lagi, para alumni al-Azhar perlulah membuat memorandum bersama dengan mengenepikan pandangan politik untuk dikirmkan kepada Syaikh al-Azhar agar memaksa Mubarak untuk membuka sempadan Refah. Mungkin juga para ulama lepasan al-Azhar kena bersatu dan berdemo di hadapan kedutaan Mesir untuk tujuan tersebut. Panggil al-Jazeera untuk membuat liputan.

Rakyat Mesir memerlukan tekanan dari luar ke atas diktator mereka. tekanan dari luar yang kuat akan memberikan kekuatan kepada rakyat Mesir untuk bangkit dan memberikan tekanan dalaman ke atas rejim Mubarak.

Para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Maghribi,Libya dan lain-lain negara telah pun mengadakan rapat umum dan urusan untuk membawa Isarel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa...

Banyak yang kita boleh lakukan!

No comments:

Post a Comment