Tuesday, 2 December 2008

Good Govenance (satu definisi)


Good Governance (satu definisi)

Istilah 'Good Governance' merupakan satu istilah yang agak popular mutakhir ini. Selepas pemahsyurannya oleh World Bank di dalam proposal mereka di dalam usaha membawa pembangunan di kawasan Sahara Barat tahun 1989, istilah ini terus menjadi tema ramai pihak di dalam usaha membawa perubahan di dalam pentadbiran. 'Good Governance' berasal dari perkataan 'Governance'. Good Governance membawa konotasi sistem Governance yang baik. Apakah makna Good Governance, dan apakah makna Governance itu sendiri?

Isitlah Governance mempunyai sejarah yang tersendiri. Ianya berasal dari perkataan Latin Kubernan yang membawa maksud 'steering' atau memandu. Pada kurun ke-14, perkataan tersebut memberikan maksud kerusi di parlimen. Di dalam pengunaan Inggerisnya pula, ianya sering digunakan secara sinonim dengan Government. Maka tidak hairanlah di dalam banyak literasi Inggeris, perkataan Governance sering digunakan secara bebas menggantikan perkataan Government. Walau bagaimanapun selepas penggunaan isitlah Good Governance oleh World Bank pada tahun 1989 istilah berkenaan mengalami revolusi pada penggunaannya. Governance tidak lagi diempitkan kepada makna Government yang lebih membawa konotasi politik semata-mata.

Isitlah Governance telah digunakan oelh pelbagai pihak dengan selera masing-masing mengikut bidang dan ruang yang mereka kuasai. Sebagai contoh, di dalam bidang Pentadbiran Awam, Governance lebih merujuk kepada proses reformasi 'New Public Management' yang melanda dunia pada tahun 90'an. Konsep Governance lebih membawa kepada isu penswastaan dan juga pentadbiran ala-korporat demi meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Di dalam bidang ekonomi pula, Governance lebih memberikan konotasi 'New Political Economics', iaitu bidang yang begitu mendominasi wacana ekonomi mutakhir ini. Di dalam bidang korporat pula,istilah Governance lebih merujuk kepada Corporate Governance yang membawa erti satu sistem dan mekanisme untuk pengurusan korporat yang lebih telus, tersusun, integriti dan akauntabiliti demi menjamin tahap pengurusan korporat yang cemerlang. Di dalam bidang politik antarabangsa pula, Governance lebih sinonim dengan istilah Global Governance yang begitu kontreversi. Di dalam bidang politik, istilah Good Governance pula lebih dibincangkan, namun ianya tidak terhad kepada ruang politik semata-mata, dan merangkumi juga bidang pentadbiran, ekonomi dan juga undang-undang.

Manakala istilah 'Good Governance' pula mempunyai pentafsiran yang pelbagai juga. Ianya pernah digunakan di zaman Eropah kuno di kalangan masyarakat England untuk merujuk kepada 'Perlakuan yang baik' atau 'Budi yang baik' yang dapat diterima oleh masyarakat. Ianya digunakan sebagai lawan kepada istilah 'Bad Governance' yang merujuk kepada akhlak yang buruk ataupun tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh orang ramai. Di zaman moden ini, pasca laporan World Bank 1989 berkaitan Sahara Barat, Good Governance menjadi sitilah yang begitu diminati oleh ramai pihak yang membicarakan isu pembangunan dan pentadbiran negara. Ianya merujuk kepada sistem pentadbiran yang mempunyai mekanisme untuk membangunkan negara dan memberikan ruang yang luas kepada rakyat untuk mengecapinya.Ianya tidak terhad hanya kepada sistem politik, tetapi merangkumi kesemua mekanisme di dalam bidang pentadbiran awam, ekonomi dan juga undang-undang.

Pada awalnya, isitlah tersebut digunakan oleh badan-badan kewangan antarabangsa dan juga badan-badan antarabangsa yang terlibat dengan isu pinjaman, bantuan dan juga dana untuk pembangunan sesebuah negara. Untuk memastikan negara-negara yang menerima bantuan, dana ataupun pinjaman mereka itu benar-benar dapat layak mendapatkan dana tersebut, maka mereka menggariskan beberapa syarat agar mereka penuhinya. Rasionalnya, sayarat-syarat tersebut digubal demi memastikan dana yang disalurkan akan membawa kepada pembangunan dan digunakan untuk kemaslahatan rakyat. Tanpa mekanisme yang sempurna, ditakuti dana yang disalurkan akan dihabiskan oleh para pemerintah yang korup untuk kepentingan mereka semata-mata. Hal ini banyak berlaku kepada negara-negara Timur Tengah dan negara-negara Afrika yang diperintah oleh para diktator yang korup.

Berdasarkan taipologi inilah, siri artikel Good Governance ini akan berpaksi dan menghasilkan ide 'Islamic (Good) Governance'...

2 comments:

  1. salam sheikh,

    ikim baru jer anjurkan seminar good governance pada 18/12

    ReplyDelete
  2. Fayzi, boleh dapatkan kertas kerja2 dia tak?

    ReplyDelete