Wednesday, 26 November 2008

Apa Sudah Jadi???


Apa Sudah Jadi???

Pada 20 nov yang lalu sekumpulan tiga jejaka Melayu Malaysia telah menghadirkan diri di AGM Palestine Soladarity Campain, Durham. Bertempat di Council Hall, Durham City, AGM tersebut telah menampilkan tetamu khas dari London, Yvonne Riddley. Beliau telah menceriakan AGM dengan kisah penuh debaran misi bersama 39 rakyat prihatin dari seluruh dunia menaiki bot ke Gaza.

Apa istimewanya menaiki bot ke Gaza?, teramat istimewa!!!

Mereka ke sana di dalam usaha memecahkan kepungan rejim Zionis (dan sekutunya) ke atas Gaza. Hampir dua tahun Gaza dihukum oleh masyarakat dunia kerana bermain dengan satu permainan yang amat popular, iaitu demokrasi.

Sekumpulan 40 manusia berani dari 17 buah negara telah bertekad menuju ke Gaza melalui jalan laut untuk menunjukkan kepada dunia, jika para politikus gagal untuk menyelesaikan isu kemanusiaan ini setelah melebihi 60 tahun, maka kami rakyat biasa tampil untuk memecahkan kebisuan tersebut.

Cerita menarik dari bibir Yvonne yang memang seorang orator dan jurnalis yang pandai mengolah hikayat dan riwayat. Apa yang kami kesal dan sedihkan ialah sikap Mahmoud Abbas, presiden tamat tempoh PA yang enggan menyokong sikap berani 40 warga dunia tersebut. Yang kami kesalkan juga ialah sikap kerajaan rejim autokratik Mesir pimpinan diktator Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan Refah untuk membiarkan bekalan ubatan dan keperluan asasi untuk memasuki Gaza. Kami kesalkan juga ialah sikap yang sama yang ditunjukkan oleh diktator yang bernama aja Abdullah di Jordan.

Di akhir riwayatnya, Yvonne telah berjaya menyedarkan para peserta AGM bahawa memang tepatlah pilihan rakyat Palestin memilih HAMAS yang turut sama bersusah dan berpayah bersama rakyat. Pujian beliau terhadap HAMAS lahir dari hati yang ikhlas dan penyaksian dengan mata kepalanya mengenai pengorbanan sekumpulan manusia yang bertanggungjawab membela nasib rakyat Gaza.

Pengerusi PSC Durham, Prof Billy Williamson juga tidak ketinggalan menyedarkan kami semua dengan kata-katanya yang penuh berbungga dan semangat. Lebih 50 yang hadir, yang majoritinya non-Muslim merasa teruja untuk membantu rakyat Gaza yang kini dikepong dan dibiarkan oleh masyarakat dunia. Prof Billy mengajak semua untuk menggandakan usaha kempen kesedaran dan lobi menjelang pilihanraya EU pada tahun 2009 nanti.

Apa yang menariknya ialah suasana di dalam AGM. Ini bukan kali pertama melihat golongan non-Muslim begitu prihatin terhadap isu Palestin dan Gaza. Ini juga bukan kali pertama melihat usaha dan aktiviti mereka, tetapi ini merupakan kali pertama duduk semeja dan merancang bersama dengan mereka. Hatta sayap pelajar di Univ Durham yang dikeutai oleh seorang gadis mat salleh pun begitu menyerikan lagi keadaan. 'They mean business'!

Amat pilu mengenangkan usul unutk membincangkan isu kepongan Zionis ke atas Gaza di Dewan Rakyat ditolak mentah-mentah...

Apa sudah jadi dengan Malaysia???

5 comments:

  1. salam..

    teringat semasa pergi palestine conference di nottingham..

    seorg makcik umur 50-an english non-muslim bangkit berucap dan menceritakan pengalaman terlibat dgn isu ini selama 30 thn..

    umur sy baru 22..malu sungguh

    -tono notts-

    ReplyDelete
  2. salaam..

    "Beliau telah menceriakan AGM dengan kisah penuh debaran misi bersama 39 rakyat prihatin dari seluruh dunia menaiki bot ke Gaza."

    bagaimana mereka boleh menyertai misi itu? bagaimana pula untuk menyertainya?? menarik.. nak jugak.. (tapi kena berlatih beranikan diri dahulu..mmm..)

    terima kasih..

    ReplyDelete
  3. salam ustz,

    next time klu ade misi2 senyap mcm ni bg tau saya ust...bomb dan pistol kat umah saya ni masih tak jumpe2 lg targetnye....mungkin sesuai klu dibawa ke palestin sana tu....

    ReplyDelete
  4. Wahai Bujang,

    Imam Ali mengatakan,

    Lisan si cerdik terletak di akalnya, manakala akal si dungu berada dihujung lidahnya.

    Harap dapat membezakan di antara permata dan pasir sebelum menjualnya.

    Maszlee

    ReplyDelete
  5. Bazla,

    next trip akan menyaksikan feri dari Cyprus akan ke sana membawa 200 peserta.Penganjur utamanya ialah kak ipar Tony Blair, mantan PM Britain.

    Saya rasa trip ni hanya disertai oleh NGO2 barat yang mempunyai dana yang tinggi. Setakat ni rakyat Msia dan rakyat Msia tiada lagi yang turut serta.

    Saya rasa elok juga, sebab kalau dari Msia kita agak bias...sebab dari negara Islam. Mcm peserta2 ni ramainya yg bukan Muslim dan dari negara-negara barat sahaja.

    Maszlee

    ReplyDelete