Thursday 14 August 2008

Sancho Panza dan mitos para rejim


Sacho Panza dan mitos para rejim

En un lugar de la Mancha, de cuyo nombre no quiero acordarme, no ha mucho tiempo que vivía un hidalgo de los de lanza en astillero, adarga antigua, rocín flaco y galgo corredor.

Ketika Cervantes menghasilkan novel satiranya El ingenioso hidalgo Don Quijote de la Mancha (Bangsawan Don Quixote dari La Mancha), beliau mempunyai mesej politik dan agama yang mendalam. Kritikan terhadap gereja, golongan agama dan golongan pemerintah merupakan mesej tersembunyi di sebalik satira tersebut. Mungkin beliau tidaklah terlalu teliti seperti Paul Coelho yang tidak tertumpu pada satu ‘mesej utama’ bahkan memberikan symbol-simbol yang perlu dicantum-cantumkan membentuk pemahaman holistic, tetapi satira Don Quixorte beliau cukup untuk membuka dimensi baru bagi mereka yang berfikir, setaraf dengan novel ‘Alchemist’ karya Coelho. Apa yang menarik, Cervantes berjaya menimbulkan kritikan tersebut di dalam bentuk penonjolan kebodohan kepada objek kritikannya melalui watak utama novel tersebut, Don Quixorte dan Sancho Panza.

Saya mula diperkenalkan kepada Cervantes oleh Prof Giovani Escolani, pensyarah subjek ‘terrorism’ dan ‘Conflict and Peace Studies’ lewat kursus anjuran United Nation yang saya sertai. Sebagai seorang Katolik yang telah murtad menjadi Deist, Giovani memilih simbol watak Don Quixorte untuk menjadi lambang kebodohan para penganut agama. Umpama ungkapan Madonna nee Ciccone, “Aku percaya kepada Tuhan tetapi tidak kepada agama, agama hanya membawa perpecahan dan peperangan”. Giovani menyifatkan mereka yang terlalu mengikuti dogma agama sebagai mereka yang telah dibutakan dari melihat realiti. Merera hanya menjalani kehidupan berdasarkan reality yang dicorakkan oleh buku-buku suci yang diterjemahkan melalui ikon-ikon agama. Lebih malang, mereka sebenarnya tidak menyedari apakah erti kehidupan yang sebenar dan telah dicandukan oleh pemahaman para agamawan...seumpama doktrin Marxist bukan?

Don Quixorte ataupun nama sebenarnya Alonso Quixano merupakan seorang petani yang bercita-cita menjadi seorang pahlawan. Melalui buku-buku yang beliau baca, akhirnya beliau mempercayai bahawa dirinya adalah pahlawan yang mempunyai sebagai seorang pahlawan. Fizikal beliau yang digambarkan oleh Cervantes sebagai seorang yang kurus, berumur 40’an, berwajah serius dan berpendirian tegas. Intensifnya pembacaan beliau telah menyebabkan dirinya menjadi semakin kurus, dan pemikrannya terganggu. Kekurangan tidur telah menyebabkan beliau dirasuk halusinasi.

Akhirnya Quixorte telah mengambil keputusan untuk meneruskan misinya di dalam menjadikan dirinya seorang pahlawan. Setelah dirinya ditabalkan oleh seorang pemilik rumah tumpangan, beliau memulakan misinya. Percubaan awalnya menerima padah setelah beliau telah dibelasah kerana cuba mencampuri urusan orang lain. Setelah kembali ke rumahnya, Quixorte Berjaya meyakinkan salah seorang jirannya, Sancho Panza, seorang petani berfizikal gemuk dan berfikiran dungu untuk menyertai misinya. Sancho telah dijanjikan untuk menjadi gabenor di salah sebuah pulaunya.

Apa yang menarik, Sancho yang telah mengetahui tentang halusinasi dan kegilaan Quixorte telah berjaya diyakinkan untuk menyertai misi tersebut. Maka bermulalah episode-episod lawak dan lucu di dalam novel tersebut. Misi pertamanya dimulakan dengan menyerang kincir angin yang disangkakan raksasa yang cuba menyerang dirinya. Sepanjang novel tersebut, para pembaca akan dapat melibat betapa si Sancho terpaksa mengikuti kegilaan Quixorte sehingga terpaksa membahayakan dirinya sendiri.

Novel tersebut kemudiannya telah menjadi sumber inspirasi kepada banyak karya seni yang lain. Seni lukisan, seni teater, seni drama, filem, arca, tarian, pementasan dan lain-lain lagi. Para pengkritik agama pula telah menjadikan Quixorte sebagai allegory kepada para taksub agama. Para taksub agama diibaratkan seumpama Quixorte yang telah dipengaruhi oleh pembacaannya sehinggakan tidak ternampakkan reality. Malah realiti dilihat dari apa yang dibacanya dan bukan apa yang sebenarnya berlaku. Beragama merupakan satu kebodohan menurut pandngan mereka.

Sudut yang menarik perhatian saya bukanlah isu agama, tetapi isu politik dari novel ini. Takwilan para pendokong anti-agama terlalu jauh. Mungkin ruang wacana agama boleh dijadikan ruang perbincangan tajuk tersebut. Di dalam ruangan Die Reisende, wacana politik perlu dibezakan dengan wacana agama, takut bercelaru. Cukuplah ramai yang telah bercelaru kerana kekeliruan mencampur adukkan wacana politik dengan wacana agama, janganlah Die Reisende menambahkan lagi kekeliruan tersebut.
Don Quixorte juga bukanlah objek yang sepatutnya menjadi tumpuan di dalam wacana politik. Sancho Panza sepatutnya menjadi objek penilaian. Kedunguan Sancho telah menyebabkan beliau telah menjadi mangsa kegilaan Quixorte. Jika Quixorte bodoh, maka Sancho dua kali bodoh. Jika Quixorte gila, Sancho dua kali lebih gila.

Malang sekali, bagi para rejim dan diktator, mereka lebih inginkan rakyat mereka menjadi seumpama Sancho Panza. Lagi ramai rakyat yang bertaklid buta dan mempercayai mitos-mitos yang mereka reka, semakin selamatlah rejim tersebut. Semakin ramai rakyat yang bersedia mengikut kegilaan dan mentaati para pemimpin yang zalim di atas nama agama, semakin kukuhlah rejim dan sang despot. Jika rakyat tidak sebodoh Sacho, pihak rejim tidak akan kekal lama. Jika rakyat tidak sedungu Sancho, sang rejim tidak akan dapat meneruskan kezaliman mereka menghisap darah dan kekayaan milik warga tanpa akauntabiliti.

Apakah di kalangan rakyat Malaysia masih terdapat individu sedungu Sancho?, atau segila Quixorte?

3 comments:

  1. Salam Ustaz,

    Selagi manusia bernama manusia - di negara mana pun - maka kedua watak tersebut akan tetap wujud dikalangan manusia. InsyAllah, suasana mungkin bertukar apabila Islam memerintah.

    ps. I liken myself to that Quixote fella...as if you don't know :)

    ReplyDelete
  2. Apakah apabila Islam memerintah, manusia akan menjadi malaikat?

    Di kalangan sahabat pun ada yang bergaduh...

    ReplyDelete
  3. Sekali pun tidak, Ustaz. Selagi manusia mempunyai daging bernama hati, selagi itulah perbalahan tetap berlaku. Cuma, pada masa itu diharapkan kita lebih beringat.

    ReplyDelete