Hudud Sebagai ‘Red Herring’
Menjelang PRU-13
Maszlee Malik*
1. Semua parti
politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud. Samada PAS,
UMNO, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai ‘punching
bag’ mereka menjelang PRU 13.
2. Ditakuti,
perbincangan yang tiada kesudahan oleh pihak-pihak yang masih tidak jelas
tentang hakikat sebenar hudud ini hanya akan membawa kepada ‘Islamophobia’ di
kalangan masyarakat non-Muslim seperti yang disuarakan oleh phak Angakatan
Belia Islam Malaysia (ABIM).
3. Hakikatnya, isu
perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya
sekadar isu politik semata-mata. Peranan Majlis Raja-Raja yang menjadi ketua
agama di negeri masing-masing perlu diambil kira. Begitu juga dengan mekanisme
yang berpotensi menjadi pelaksana undang-undang hudud seperti Mahkamah Syariah,
Majlis agama di negeri-negeri, peguam-peguam Syariah dan pihak keselamatan juga
perlu diambil kira. Apakah mereka sendiri telah bersedia? Atau apakah mereka juga
sudah mempunyai kemampuan untuk menjadi pelaksana kepada undang-undang hudud
jika ia dilaksanakan nanti?
4. Hakikatnya juga
samada BN atau PR yang menang PRU13, tiada siapa yang akan mampu melaksanakan
hudud serta merta, apatah lagi ahli politik veteran yang tidak lagi mempunyai
kuasa seperti Tun M.
5. Apa yang pasti
ialah PAS bersendirian sahaja tidak akan dapat memaksakan perlaksanaan hudud
tanpa sokongan dua pertiga ahli parlimen untuk pindaan perlembagaan. Begitu
juga pihak UMNO, yang hanya segelintir sahaja ahlinya bersetuju dengan hudud
juga tidak akan mampu membuat pindaan perlembagaan. Hatta jika digabungkan
suara PAS dan segelintir ahli UMNO yang pro-hudud sekalipun, mereka tidak akan
dapat membentuk majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan
untuk perlaksanaan hudud.
6. Realiti yang
tidak boleh dinafikan ialah PAS telah sinonim dengan hudud dan telah berusaha
sedaya upaya untuk mengotakan janji mereka. Kedua-dua enakmen hudud di Kelantan
dan Terengganu adalah bukti komitmen mereka. Halangan mereka ialah pihak
kerajaan persekutuan yang enggan meluluskan di bawah pemerintahan Tun M, dan
juga halangan perlembagaan. Di dalam isu ini, PAS tidak pernah mengkhianati
janji mereka dan tidak sekali-kali menggadaikan prinsip mereka berhubung isu
hudud. Hal ini patut diterima akur oleh semua pihak, termasuk PAS sendiri.
7. Maka, jika PAS
mengambil sikap berulang-ulang melaungkan isu hudud secara defensif tanpa
bergerak menawarkan sesuatu yang lebih luas melalui konsep kefahaman ‘Politik
Islam’ yang lebih syumul atau komprehensif, ianya bukanlah satu langkah politik
yang produktif. Lebih molek jika PAS berusaha menerangkan konsep ‘Negara
Berkebajikan’ mereka kepada rakyat Malaysia yang lebih diterima semua pihak.
Malah konsep tersebut merupakan ijtihad politik Islam kontemporari yang amat
bernilai hatta di peringkat antarabangsa sekalipun.
8. Menjelang PRU13
eloknya parti-parti politik dari kedua-dua BN dan PR menumpukan pada isu
tatakelola kerajaan, isu polisi, isu dasar, isu rasuah, isu ketirisan, isu dana
awam, isu hala tuju negara, isu dasar luar negara yang tidak bermaya, isu
ekonomi negara, isu harga barang, isu pendidikan, isu PTPTN, isu alam sekitar,
isu royalti minyak di Kelantan, Sabah dan Sarawak, dan juga isu-isu yang lebih
melibatkan kehidupan seharian dan yang melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa
kira bangsa, agama dan latar belakang. Semua parti-parti politik perlu
mengelakkan isu bersifat ‘red herring’ yang hanya akan melarikan rakyat
dari isu sebenar yang melibatkan kepentingan bersama semua pihak.
9. Media juga
diharapkan agar dapat menjadi medium untuk mendidik rakyat agar bersikap
matang, berpolitik secara bertamadun, serta menjadi wahana politik baru yang
berdasarkan hujah, fakta dan rasional. Memanjang isu yang lebih bersikap
polemik tanpa membuahkan hasil yang konkrit tidak akan membawa rakyat ke
mana-mana.
* Dr Maszlee Malik
adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
salam dr mazlee :-)
ReplyDeletesy bersyukur krn dapat membaca banyak pencerahan tengah isu semasa dri blog ustaz selain drpd siri-siri ceramah dan forum yg tersiar di media masa.. sy kira ustaz sebagai seorang ilmuan tidak dapat lari daripada bidang penulisan (contohnya di blog ini).. sy menawarkan diri untuk membuat blog template yg lebih menarik utk blog ustaz.. sy kira ia akan lebih memberikan impak sekiranya ia lebih tersusun dan menarik.. Pertolongan saya ini sy buat dgn sukarela tanpa kenakan apa2 bayaran.. insyaAllah, jika ustaz memberi kepercayaan kepada sy, sy akan ringankan tulang ini. setidaknya saham pahala utk sy juga akan ada.. :-) ustaz boleh emel sy jika berminat dgn pertolongan tidak seberapa ni..
aefifi@gmail.com
ini contoh blog sy
http://www.maknakata.com/
salam 'alaik..
Singgah-singgah la yer :D
ReplyDeletehttp://dakwahmakandalam.blogspot.com/
Assalamualaikum Kang... Aku ki wong jowo Perak.. Aku jalok ngapuro..nek eneng opo2 neng rak enak didiskusikan nang kene (blog ki) Agak2 iso rak ngei ambik aku no hp arek whatsaap, seneng arek nyimbang2,,apopun tahniah kang ..wes menang PRU 14 dan iso jadi Menteri Pendidikan.. Hebat.. Fun Fayakun Allah...neng orak jadi masalah aku arek jalok no hp kang iso whatsaap.. wekku kang zack Rahman +6010 2956901..Pla add aku kang.. arek eratkan silaturahim kang.. Kesuwon kang.. Amin2 Yaa Rabb
ReplyDelete