Dulu kau berkuasa,
Dulu kau raja,
Dulu kau bertakhta.
Rakyat jelata hambamu,
Siapalah mereka berbanding kuasamu,
Siapalah mereka berbanding takhtamu,
Siapalah mereka berbanding kekayaan dan kemewahanmu.
Kau bunuh mereka,
Kau hina mereka,
Kau penjarakan mereka,
Kau jadikan yang perempuan janda,
Kau jadikan anak-anak yatim melara,
Kau jadikan rakyat takut kepada kau yang kau nobatkan sebagai maha berkuasa.
Konco-koncomu dulu berkuasa,
Bagaikan anjing pengawal istana,
Kemanakah mereka?
Ada yang telah lari entah ke mana,
Ada yang bertukar kulit untuk selamatkan nyawa,
Ada yang sedang menunggu untuk menaiki takhta,
Menagih janji frenji yang sedang berjijiran liur untuk mendapatkan minyak dan gas yang melata.
Inilah sunnah alam,
Yang zalim dan berkausa tidak akan lama,
Kisah Namrud berulang semula,
Begitu juga Firaun yang memerangi Tuhan Musa,
Mungkin kisah Saddam juga hampir sama,
Mengapalah tidak kau berfikir tatkala diuliti kuasa?
Apakah perasaanmu di saat penghujung nyawa?
Apakah rakyat yang kau lihat sebagai anjing-anjing dan semut yang melata itu akan mendengar rayuanmu untuk diselamatkan nyawa?
Apakah si yatim, si janda, yang kehilangan anak-anaknya dan sanak saudara akan bersedih lara?
Apakah di waktu itu kau teringatkan Yang Esa?
Ke manakah launganmu beit-beit, dar-dar,zanqa-zanqa?
Abdullah, Bashar, nantikan giliranmu pula.
Dua Abdullah sang raja, giliran kau juga akan tiba,
Begitu juga kau di Manamah sana,
Dan sesiapa sahaja penzalim yang masih di takhta...
Giliran kamu semua pasti tiba...
Rakyat akan kembali berkuasa...
Jika hari ini kau raja,
Belum tentu ia akan kekal sehingga ke senja.
Hanya kuasa Dia sahaja yang kekal selamanya!
subhanallah dr. :)
ReplyDeletei like the ending :) congratulations, ustaz dah jadi tv host
ReplyDelete-azannee-