Egyptian General Election and the Future of Muslim Brotherhood: A Malaysian Proposal
Tarikh: 26 November 2011 (Sabtu)
Masa: 10 pagi – 2 petang
Lokasi: Bilik Bunga Mawar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jalan Yong Shook Lin
Ahli-ahli panel terdiri daripada YB Dr Dzulkelfy Ahmad (PAS), Dato Nakhaie Ahmad (UMNO) dan Dr Muhammad Nur Manuty (PKR). Forum ini akan dipengerusikan oleh Dr Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Forum ini akan membincangkan gerakan Ikhwan Muslimin (IM) bakal menjadi aktor penting di dalam landskap masa depan politik di Mesir berdasarkan komposisi kerusi parlimen yang mereka akan bertanding dan juga pengaruh mereka di seluruh negara tersebut. Memandangkan mereka masih lagi baru dengan proses demokrasi secara terbuka, sudah tentunya banyak yang boleh mereka pelajari dari pengalaman Malaysia yang terdiri daripada berbilang agama dan berbilang bangsa. Antara isu menarik yang akan disentuh ialah peranan yang IM boleh dimainkan dalam arena demokrasi yang terbuka, hubungan dengan minoriti Kristian Koptik, isu tadbir urus baik, isu gender, isu kemajmukan agama dan politik, isu pembangunan, isu kerjasama dengan parti luar Mesir dan lain-lain lagi.
Tempat adalah terhad. Untuk pertanyaan, sila hubungi Medi (013 299 8334) atau Dr Maszlee Malik (017 236 0435)
nanti akan ada recording tak?
ReplyDelete