sumber gambar: al-jazeera.netPertubuhan-Pertubuhan Kebajikan Desak Kerajaan Britain Bantu Gaza
Pertubuhan-pertubuhan kebajikan di UK seperti Oxfam, Amnesty International, Save the Children UK, Christian Aid, Care International UK, dan beberapa badan Kristian lain mendesak kerajaan Britain supaya campur tangan di dalam isu terkini Gaza. Mereka mendesak agar kerajaan tersebut mengakhiri sekatan ekonomi ke atas Gaza, membawa perubahan radikal di dalam kesatuan Eropah (EU) berhubung isu tersebut dan juga berusaha untuk tidak meminggirkan HAMAS sebagai rakan rundingan. Mereka juga mengutuk serangan ketenteraan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Gaza (The Independent, 6/3/2008).
Pertubuhan-pertubuhan tersebut telah melakukan tindakan pro-aktif berkenaan akibat krisis kemanusiaan yang semakin getir di Gaza, dan yang terburuk di dalam tempoh 40 tahun. Mereka menegaskan bahawa peminggiran HAMAS di dalam segala rundingan melibatkan rakyat Palestin adalah gagal, malah kerajaan Britain dan EU mestilah memulakan langkah yang lebih berkredebiliti di dalam meastikan usaha damai di Palestin dengan membawa semua pihak yang terlibat ke meja rundingan. Mereka juga meminta agar semua pihak memberikan tekanan ke atas rejim Zionis Israel agar membuka semula semua pintu masuk di sempadan Gaza. Di dalam waktu yang sama, lebih dariapda 30 pertubuhan antarabangsa berhubung isu Palestin di Eropah telah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat EU di Brussel pada 4/3/2008.
sekadar hiasan
Inisiatif berkenaan merupakan tamparan hebat kepada negara-negara Islam dan negara-negara Arab yang diam seribu bahasa berhubung isu berkenaan. Pemimpin-pemimpin Arab hanya mampu mengutuk dan mengugut untuk tidak berdamai dengan rejim Zionis Israel sahaja di dalam menyikapi perkembangan terbaru itu (al-jazeera.net, 5/3/2008). Mereka hanya mampu untuk menantikan persidangan liga Arab yang dijadualkan berlangsung pada29 dan 30 Mac nanti. OIC pula seperti kebiasaannya, hanya mampu mengutuk dan menyeru rejim Zionis Israel agar menghentikan serangan. Malang sekali OIC menjadi seolah-olah ketandusan pendekatan yang pro-aktif di dalam membantu rakyat Gaza yang 80% daripada mereka bergantung kepada bekalan makanan dari UN untuk terus hidup (OCHA Report, Disember 2007 & Januari 2008).
Kerajaan Mesir yang bersempadan dengan Gaza pun berterusan dengan kedegilan mereka untuk membuka pintu semapadan Refah untuk membantu rakyat Gaza. Bukan sekadar mereka tidak dikenakan tekanan oleh negara-negara OIC yang lain, malah mereka melakukannya dengan tidak merasa bersalah. Tindakan kerajaan rejim Mubarak menghalang ahli parlimen mereka melakukan demonstrasi di hadapan istana presiden pun tidak mendapat perhatian negara-negara OIC yang lain. Atau mungkin benar sindiran Dr Azzam Tamimi bahawa OIC adalah kelab para diktator, dan mesyuaratnya pula sebagai ruang untuk mereka bersantai dan makan angin. Atau mungkin sindiran tajam ahli politik UK, George Galloway lebih tepat apabila menyifatkan para diktator Arab hanyalah “belly dancers” (penari-penari gelek) yang hanya bergelek mengikut rentak yang diingini oleh AS dan rejim Zionis di Tel Aviv.
Lambang OIC
Bagaimana pulakah rakyat Malaysia? Bukankah jawatan Pengerusi OIC masih lagi dipegang oleh Malaysia ? Apakah mungkin kehangatan PRU 12 lebih membara dari darah rakyat Gaza yang megalir deras lewat serangan-serangan tentera rejim Zionis Israel ?
Jom lakukan sesuatu!
No comments:
Post a Comment