Hari Freshies Fresher di Durham University
Bagi graduan universiti-unversiti di Timur Tengah, minggu orientasi bukanlah sesuatu yang bermakna di dalam hidup mereka. Bukan sekadar ianya tidak wujud di kebanyakan universiti, jika wujud pun, penglibatan para siswa Melayu Malaysia amatlah minimum ataupun tiada. Jika ada pun, ianya hanyalah program-program orientasi bersifat “buatan” (artificial) yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia di universiti-universiti berkenaan. Kebiasaannya ia akan dijadikan medan indoktrinasasi pihak yang menguasai persatuan-persatuan siswa berkenaan. Tabiat orang Melayu di perantauan, politik dan ideologi menjadi agenda utama.
Bagi graduan universiti-unversiti di Timur Tengah, minggu orientasi bukanlah sesuatu yang bermakna di dalam hidup mereka. Bukan sekadar ianya tidak wujud di kebanyakan universiti, jika wujud pun, penglibatan para siswa Melayu Malaysia amatlah minimum ataupun tiada. Jika ada pun, ianya hanyalah program-program orientasi bersifat “buatan” (artificial) yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia di universiti-universiti berkenaan. Kebiasaannya ia akan dijadikan medan indoktrinasasi pihak yang menguasai persatuan-persatuan siswa berkenaan. Tabiat orang Melayu di perantauan, politik dan ideologi menjadi agenda utama.
Bagi para graduan universiti-unversiti tempatan pula, mereka mungkin lebih bertuah. Program orientasi amat bermakna bagi mereka untuk menyesuaikan diri di dalam suasana yang serba baru. Pihak universiti pun turut terlibat di dalam menjayakannya. Mungkin isu buli membuli tidak berlaku lagi di kampus-kampus (jika ada pun hanyalah kes-kes terpencil). Kebiasaannya minggu tersebut adalah medan untuk persatuan-persatuan pelajar yang wujud di dalam kampus untuk mencari pelapis-pelapis mereka. Sepertimana di luar negara, di IPT-IPT tempatan isu indoktrinasasi juga hebat dan rancak berlangsung setiap kali minggu orientasi muncul. Bagi warga UIAM, Taaruf Week merupakan nama yang sering menerjah ke gegendang telinga mereka pada setiap permulaan semester yang baru. Nama yang islamik hasil gabungan bahasa Arab dan Inggeris.
Di Universiti Durham, minggu orientasi berlangsung selama seminggu sebelum pembukaan rasmi semester baru. Di kemuncak minggu tersebut, program Freshies Fresher diadakan. Ianya lebih kepada ruang persatuan-persatuan dan kelab-kelab mempromosikan diri mereka dan seterusnya merekrut ahli-ahli yang baru. Program tersebut diadakan di bangunan Student Union (persatuan Pelajar) yang terletak di tengah-tengah bandar Durham. 1001 kelab dan persatuan terlibat di dalam mempromosikan diri masing-masing. Pelabagai acara, pendekatan dan juga kostum yang digunakan demi menarik minat para “freshie”. Kelab-kelab yang wujud juga amat menarik dan bersifat “gila-gila”.
Jika di IPT-IPT tempatan kelab-kelab dan persatuan-persatuan adalah lebih berkisar pada bangsa, bahasa, sukan dan bidang ikhtisas, di sini agak berbeza. Keab minum teh, kelab pecinta kopi, kelab “House Party” (parti rumah), kelab seks “selamat”, kelan pisang, kelab peminat komik mangga, kelab permainan video, kelab peminat pakaian Eropah purba, kelab permainan Dungeon and Dragon, kelab “pembunuh” (permainan pistol air), kelab disko dan macam-macam lagi kelab dan persatuan yang tidak dapat dibayangkan oleh benak pemikiran majoriti siswa Melayu di bumi Durham.
Durham Student Union
Kelab seks “selamat” mempunyai kempen yang agak agresif dan paling ketara. Para gadis berpakaian seksi berhimpun dan mengedarkan risalah serta aksesori “percuma” kepada para pengunjung. Diiringi muzik yang kuat dan pakaian gila-gila mereka, tiada siapa akan menyangkakan bahawa aktiviti tersebut dijalankan oleh para mahasiswa universiti. Beginilah hancurnya moral dan juga ketamadunan bangsa Inggeris. Bak kata supervisor saya, Dr Mehmet Asutay dari Turki, “They are not only crazy, they are extremely crazy!!!”. Beliau tidak dapat menerima perlakuan-perlakuan tersebut dari para siswa IPT yang bakal menjadi para pemimpin UK satu hari nanti. Apabila diamati dan difikirkan, apa yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang baru. Kaum ‘Aad, kaum Thamud, kaum Lut, dan banyak lagi kaum-kaum yang telah pupus pernah melakukan kelencongan moral yang lebih teruk dari itu.
Di dalam kegilaan pesta jahiliyah tersebut, terdapat beberapa kelab yang cuba membawa kelainan. Kelab-kelab gereja dan agama-agama lain turut membuktikan kewujudan mereka. Sepi tidak berpengunjung, itulah nasib mereka. Mungkin ramai yang menyangkakan sebagai sebuah negara Kristian, rakyat UK kuat berpegang kepada agama mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan Krsitian di Malaysia lebih kuat berpegang kepada agama mereka berbanding warga UK berkulit putih yang rata-ratanya tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Tidak hairanlah gereja-gereja mereka sepi tidak berpengunjung.
Durham Student Union freshies week
Di dalam kegilaan pesta jahiliyah itu juga wujud sebuah meja yang dikhususkan untuk Islamic Society di sudut yang tercerok. Kewujudan muka-muka Arab yang sukar mengukir senyuman dengan longgokan buku-buku dan liflet-liflet mengenai Islam yang sama kaku seperti mereka. Bukan sekadar tidak dikunjungi, malah tidak ceria, tidak meriah dan juga tidak produktif. Jika tidak kerana inisiatif pro-aktif Tariq, siswa pasca siswazah dari Palestin, pastinya meja tersebut akan terbiar sepi. Arab=Islam, mungkin itulah persepsi para pengunjung yang lalu-lalang melintasi meja tersebut.
Di pintu masuk, para aktivis gereja, samada yang berkulit putih, mahupun Cina yang berkemungkinan besar dari kawasan Asia Tenggara sibuk memberikan cenderhati dari gereja mereka kepada para pengunjung. Bermodalkan senyuman yang terukir dan juga bahan yang menarik, mereka berusaha untuk memanggil orang ramai ke jalan “benar” yang mereka imani...
Kenangan bersama rakan-rakan Universiti Al al-Bayt 1998
No comments:
Post a Comment