Tuesday 13 January 2009

Tsunami Yang Bakal Melanda Timur Tengah


Tsunami Yang Bakal Melanda Timur Tengah

"What is happeing now in Gaza is not between the Muslim and the Jews; nor it is between Islam and Judaism; but it is a case between the oppressed (Palestinians) and the oppressor (Zionists)!"

"The oppresors are not only the Zionists; Bush and the European leaders; the oppressors also include MUBARAK!, ABBAS!, THE SAUDI ROYAL FAMILY!"

"An the good news is, They are all coming down!!! They are all coming down!!!"

Azzam Tamimi, 10/1/2009; London, UK. (sumber: youtube, find: Azzam Tamimi, Gaza)


Ini merupakan wacana politik.

Wacana sebeginilah yang mudah difahami dan mudah dikongsi bersama oleh masyarakat dunia yang sedar.

Inilah realiti yang perlu difahami oleh semua. Inilah realiti yang dapat menjawab persoalan-persoalan menegenai kekejaman Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan Refah, keterlibatan kerajaan Saudi dengan AS dan Israel, dan juga peranan sebenar Abbas yang merupakan hipokrit terbesar di dalam isu ini".

Gelombang sokongan masyarakat dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin tidak dapat dibendung lagi. Serangan rejim Zionis ke atas 'HAMAS' telah memberikan legitimasi perjuangan kemerdekaan Palestin hanya kepada HAMAS. HAMAS menjadi hero rakyat Palestin; dan dunia telah kembali melihat rejim Zionis sebagai penjenayah setelah mereka pernah di'suci'kan dari gelaran tersebut oleh Yasser Arafat. Segala perjanjian damai di antara Arafat dengan rejim Zionis (Madrid, Oslo, Wye River, Camp David) telah menghalalkan rejim Zionis Israel. Kini gelombang masyarakat dunia kembali menuntut agar 'Israel' kembali kepada tahap penjenayah mereka.

Malangnya, penjenayah Zionis ini tidak akan kembali diiktiraf sebagai penjenayah selagi terdapat aparat-aparat mereka menjadi penguasa di negara-negara Arab. Para diktator ini perlu dijatuhkan dahulu. Gelombang kebangkitan rakyat ini wajib digunakan sepenuhnya oleh masyarakat sivil di Mesir, Saudi dan Jordan untuk menurunkan para diktator yang menghisap kekayaan negara dan menzalimi rakyat di bumi sendiri.

Doakan perkara ini akan segera berlaku, sedarkan rakan-rakan warga Mesir, warga Saudi dan warga Jordan. Media eletronik dan alam virtual merupakan senjata yang paling ampuh untuk mengejutkan kelekaan rakyat jelata di bumi tersebut. Kebangkitan marhaen dan proletariat perlu disegerakan...


Maszlee
Durham, UK.
(Masih tidak faham apakah logiknya fatwa salah seorang ulama tersohor Saudi mengharamkan demonstrasi mengecam Israel dan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin...)

4 comments:

  1. Salam~

    Apakah sdr. merujuk kepada Syeikh Fawzan dari Arab Saudi?.

    Pada pandangan saya, sdr. mesti merujuk kepada kepada situasi dan kondisi negara Syeikh itu berasal. Saudi, amat tidak menyenangi gerakan massa apatah lagi demonstrasi waimma untuk mengecam Israel sekalipun. Ini adalah kerana, mereka takut gerakan2 sebegini akhirnya akan digunakan bagi menjatuhkan kekuasaan mereka.

    Bukankah menentang Israel sama ertinya menentang Amerika?. Bukankah mengecam Amerika sama ertinya mengecam rakan-rakan Amerika yang menjadi ketua-ketua di negara2 Arab yang menjadi sekutu Amerika?.

    Hakikatnya, kalau ummat ingin menentang Zionis dan membela Palestin dan ummat2 tertindas lainnya, sasaran utama mereka wajiblah ditujukan kepada pembesar-pembesar jenis ini. Merekalah yang telah bersekongkol dengan Zionis dan Amerika dan bertindak seperti hamba apabila bertemu dengan tuan-tuan barat mereka. Walhal, apabila berhadapan denga rakyat mereka sendiri, mereka bersikap seperti tuan dan menindas semahu-mahunya ke atas rakyat sendiri.

    Rakyat timur tengah majoritinya amat bersimpati dan ingin membela Palestin. Malangnya, harapan mereka tidak membawa ke mana-mana kerana dihalang oleh pembesar2 Arab yang bersekongkol dengan Amerika dan Zionis yang rata-rata memegang kekuasaan atas restu Amerika dan atas dasar pemerintahan autokrasi dan monarki.

    ReplyDelete
  2. Saidina Ali pernah dilaporkan berkata;

    Your friends are three and your enemies are also three:

    Your friends are -- your friends, your friend's friends and your enemy's enemy.

    And your enemies are -- your enemy, your friend's enemy and your enemy's friend.

    Buat pembesar-pembesar Arab yang bersahabat dengan Amerika, apakah mereka boleh bermusuhan dengan Zionis yang bersahabat dengan Amerika?.

    ReplyDelete
  3. Fatwa gila! Dunia Arab mungkin memerlukan 'Arab revolt' yang kedua untuk membebaskannya daripada raja-raja yang korup..

    ReplyDelete
  4. Salam Ustaz,

    Minta tolong tandatangani petisyen menyiasat jenayah perang di Gaza - ada di http://talkonly.blogspot.com/2009/01/malaysian-voice-for-gaza.html blog saya. Harap semua sahabat di sini turut bersama, dan tolong warwarkan. Terima kasih.

    ReplyDelete